Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
PELAKSANAAN Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijadualkan bermula Januari 2020, ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian.
Berikutan itu, rakyat negara ini akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada sementara menunggu pengumuman pengesahan pelaksanaan PSP.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan pada 18 Disember lalu.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berasaskan dua faktor.
"Faktor pertama adalah bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk meneruskan sesi penerangan dan penjelasan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.
"Faktor kedua melibatkan proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan(PH).
Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40 lapor Harian Metro.
Dalam pada itu Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan oleh Malaysiakini menyatakan penangguhan ini adalah kerana kerajaan bimbang pengapungan harga petrol akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa perihatin tentang kos sara hidup kerana harga minyak akan secara langsung memberi impak terhadap kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40.
"Itu yang menyebabkan kita (kerajaan) nak berhati-hati dalam melaksanakan PSP. Itu yang kita nak bincang kerana apabila pengapungan, harga minyak dijangka naik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama penurunan kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di George Town hari ini.
Beliau berkata bukan sahaja pengguna atau rakyat biasa tetapi kalangan ahli perniagaan juga menzahirkan kebimbangan tentang kesan daripada pengapungan harga minyak, sungguhpun satu atau dua sen seminggu.
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2020/01/program-subsidi-petrol-ditangguh.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself