Halloween party ideas 2015

Selepas 46 hari seluruh negara dikenakan perintah kawalan pergerakan PKP, kelonggaran sekatan yang berkuatkuasa hari ini menyasikan sebilangan besar rakyat di seluruh negara yang kekurangan wang tunai beratur panjang di kedai-kedai pajak gadai.

Fenomena di seluruh negara ini dilaporkan oleh ramai warga maya di media sosial.

Tinjauan Malaysiakini di Petaling Jaya mendapati ramai yang berbaris panjang di beberapa kedai pajak gadai. Malah, sebuah kedai yang kami kunjungi mempunyai kira-kira 30 pelanggan yang berbaris di luar.

Freeman Tan, yang mengendalikan cawangan Pajaking di bandar lama Petaling Jaya, berkata, sebahagian besar daripada pelanggan menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang tunai.

Katanya, sebahagian besar mereka adalah golongan berpendapatan rendah yang kehidupannya terjejas teruk akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mac lalu.

Tan berkata bahawa dia menyediakan jumlah wang tunai yang banyak hari ini kerana menjangkakan akan peningkatan pelanggan hari ini.

"Sepanjang tempoh PKP, ramai pelanggan menelepon dan meminta saya membuka semula kedai. Mereka sangat memerlukan wang tunai," katanya, sambil menambah bahawa dia terpaksa menolak permintaan tersebut.

Menurut Tan, sebilangan pelanggan tidak menyimpan wang di bank dan lebih suka memakai barangan kemas yang mudah digadaikan atau dijual apabila timbul keperluannya.

Walaupun kerajaan membenarkan kedai pajak gadai beroperasi semasa fasa 2 tempoh PKP kebanyakan mereka memilih untuk menutup.

Tebus cincin

Pada awal April lalu, persatuan yang mewakili kedai pajak gadai bersetuju untuk melanjutkan tempoh pembayaran selama tiga bulan.

Pajaking adalah antara kedai yang mematuhi lanjutan tiga bulan itu.

Ada juga pelanggan yang memberitahu Malaysiakini bahawa mereka bimbang kehilangan barang yang digadaikan dan memutuskan untuk datang menebusnya.

Seorang pelanggan, yang tidak mahu dikenali, berkata, dia menggadaikan cincinnya dan tarikh akhir tebus adalah pada 1 April. Dia mahu menyelesaikan pinjamannya hari ini dan menebus cincinnya.

"Saya kerja menghantar barangan dan dibenarkan kerja semasa tempoh PKP. Jadi saya mampu bayar balik pinjaman," katanya. - Malaysiakini

Seorang pelanggan lain bekata tempoh gadaiannya sudah luput dan dia datang untuk membayar bunga serta memohon lanjutan untuk mengelakkan barangannya dirampas. Dia tidak menyedari tentang lanjutan tiga bulan yang diberikan itu.

Rakyat keliru

Sementara itu, Tan berkata bahawa dia tidak menyedari bahawa industri pajak gadai bukan termasuk sektor yang dibenarkan beroperasi mengikut peraturan kerajaan negeri Selangor.

Peraturan itu dimuat naik di laman web Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada jam 10 malam tadi.

Tan bukannya keseorangan. Banyak perniagaan lain yang tidak termasuk dalam senarai Amirudin dibuka hari ini. - Malaysiakini

from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2020/05/kedai-pajak-gadai-jadi-tumpuan-orang.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Post a Comment

    Powered by Blogger.