Halloween party ideas 2015

Budak 4 Tahun Maut, Tertinggal Dalam Kereta Lebih 8 Jam | Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati selepas ditinggalkan selama lebih lapan jam di dalam kereta milik bapanya di kawasan letak kereta perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang semalam.












Budak 4 Tahun Maut, Tertinggal Dalam Kereta Lebih 8 Jam
Gambar Hiasan

Difahamkan, bapa mangsa dikenali sebagai Adnan Salleh berusia lingkungan 40-an yang merupakan seorang guru agama dikatakan meletakkan keretanya dipercayai jenis Perodua Viva di situ tanpa menyedari anaknya, Muhammad Aqil Arfan masih berada di dalam kereta.



Menurut seorang saudara mangsa, Soaid Adam, 45, Adnan bersama isteri dikenali sebagai Asiah Abu, 30-an dan juga mangsa keluar dari rumahnya di Kampung Padang Durian, Padang Kerbau, Pendang menuju ke Kuala Nerang kira-kira pukul 6.45 pagi semalam.



"Adnan terus menghantar isterinya yang juga seorang guru ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad dahulu sebelum terus ke SMK Kuala Nerang tanpa menghantar anaknya ke tadika terlebih dahulu kira-kira pukul 7.30 pagi.



"Dia secara tidak sengaja terlupa bahawa anaknya yang tidur masih di dalam kereta dan hanya menyedari anaknya kira-kira pukul 4 petang ketika mahu pulang," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.



Beliau berkata, arwah Muhammad Aqil Arfan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di bahagian kecemasan Hospital Kuala Nerang.







sumber

http://ift.tt/1oR9kVv





from KeZooM http://ift.tt/1rYxqeq

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.