Halloween party ideas 2015
Showing posts with label Kezoom. Show all posts

Alhamdulillah, Kerongsang Tu Dah Keluar,ok!: “Saya bersyukur sangat tambahan pula kerongsang itu keluar sebaik sahaja azan Asar berkumandang hari ini,” kata Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, ketika ditemui di Wad Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, Kerongsang Tu Dah Keluar


“Ternyata doa rakan media sosial amat mustajab sehingga kerongsang itu bukan sahaja dapat keluar, malah pinnya juga tertutup dan tidak mencederakan anak saya.

Noor Amira Shyuhada, ibu kepada bayi berusia sembilan bulan, Nur Qhaulah Ramadhani Mohd Kamal Azhar yang tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, 9.30 malam tadi.

Kejadian itu tular di laman sosial selepas Noor Amira Shyuhada memuat naik posting meminta warga media sosial mendoakan keselamatan anaknya di Facebook.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana ada beberapa individu mengecam dan menuduhnya tidak tahu menjaga anak.

“Ketika baca komen segelintir warganet yang mengutuk dan mengecam, saya amat tertekan apatah lagi masa itu kerongsang masih berada dalam badan anak saya.

“Padahal, saya buat ‘posting’ (hantaran) di Facebook untuk minta orang ramai doakan keselamatan anak saya sahaja.

“Hanya kata-kata suami (Mohd Kamal Azhar Khalid, 36) yang menasihatkan saya supaya tidak mempedulikan kutukan itu berjaya kembali menguatkan semangat saya.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, dia juga bersyukur kerana ramai yang memberi sokongan ketika dia tertekan berikutan kejadian berkenaan.

“Alhamdulillah, tidak lama kemudian, kerongsang yang berada di dalam badan anak keluar sendiri melalui najisnya,” katanya.

Kredit
Harian Metro


from KeZooM https://kezoom.blogspot.com/2019/03/alhamdulillah-kerongsang-tu-dah-keluar.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Bayi 9 Bulan Tertelan Kerongsang,ok!: Seorang bayi berusia sembilan bulan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu kerana tertelan kerongsang dalam kejadian di Ajil, Hulu Terengganu, kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Bayi 9 Bulan Tertelan Kerongsang

"Masa tu saya tengah memandu jadi tak perasan apa yang dia tengah buat. Tambah pula suasana gelap. Kebetulan kerongsang tu berada di celah pintu, bahagian penumpang di dalam kereta.

"Tak tahu lah macam mana dia boleh capai kerongsang itu dan masukkan ke dalam mulut," katanya.

Bayi berkenaan, Nur Qhaulah Ramadhani kini sedang menjalani rawatan di wad kanak-kanak HSNZ.

Ibu mangsa, Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, berkata, ketika kejadian, bayi itu berada di atas riba anak sulungnya, Nur Damia Darwisya, 11.


Kredit
Sinar Harian


from KeZooM https://kezoom.blogspot.com/2019/03/bayi-9-bulan-tertelan-kerongsang.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia,ok!
  • Model SX11 merupakan model pertama Geely Auto menggunakan platfrom BMA (B-segment Modular Architecture).
  • SX11 akan bersaing dengan HR-V, CX-3 dan C-HR. Namun gambar yang dipamerkan menunjukkan SX11 menggunakan kereta Mercedez-Benz dan Audi sebagai pesaing.
  • Antara butiran yang dikeluarkan. Enjin 1.5liter turbo. Max output 177ps, max tork 255 NM dan 0-100 cuma 7.9 saat menggunakan enjin yang telah dibangunkan bersama oleh Volvo dan Geely. (SX40 Volvo)
  • Harga? Belum dapat dipastikan lagi. Antara julat yang dijangka oleh pandulaju.com ialah rm 80-90K.
  • Bila model ini akan dilancarkan Proton? Bersabar ye...kena tunggu Boyue dilancarkan dulu. 2019 baru model ni masuk Malaysia.

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia

Geely SX11 bakal gegar pasaran Malaysia




from KeZooM https://kezoom.blogspot.com/2018/07/spesifikasi-asas-proton-sx11.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Pahang Akhirnya Dilarang Mohon Lesen Kelab AFC 2 Tahun: Selepas enggan mewakili negara ke pertandingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan, Pahang akhirnya menerima padah apabila dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

Pahang Akhirnya Dilarang Mohon Lesen Kelab AFC 2 Tahun

Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Piala AFC 2019 dan 2020.

Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan.

 Mengikut peruntukkan statut FAM, Artikel 14 Status FAM - obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata pihaknya bagaimanapun masih memberi peluang kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk buat rayuan.

"Walaupun sudah diarahkan oleh FAM melalui surat bertarikh 24 November 2017, (Pahang) melanggar Artikel 14 Status FAM akibat tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam Piala AFC 2018.

"Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dilarang memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai pertandingan kelab AFC untuk tahun 2019 dan 2020.

"PBNP juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama. Keputusan ini boleh dirayu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah.

Bagaimanapun, PBNP menolak pelawaan itu dengan alasan kerana mahu beri fokus kepada pertandingan domestik.

Via
Berita Harian



from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/12/pahang-akhirnya-dilarang-mohon-lesen.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Punca Pendapatan Suami Saya Hilang Kerana Kecuaian Awak,ok!: Akibat kecuaian  pemandu sebuah kereta di Singapura, seorang penunggang motosikal terpaksa menanggung derita apabila dia tidak lagi mampu berdiri, berjalan dan sukar untuk baring selepas terlibat dengan kemalangan dengan kereta tersebut.

Punca Pendapatan Suami Saya Hilang Kerana Kecuaian Awak

Kemalangan tersebut berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di Singapura pada waktu malam.

Lisa Malik, isteri kepada mangsa terlibat memuat naik rakaman kamera dashboard di laman Facebooknya yang memaparkan sebuah kereta jenama KIA secara tiba-tiba telah menukar lorong menyebabkan mangsa gagal mengelak hingga merempuh kereta tersebut.

 Menurut Lisa, kejadian yang berlaku menyebabkan suaminya tidak dapat bekerja dan menjejaskan pendapatan keluarga atas kecederaan yang dialaminya.

Punca Pendapatan Suami Saya Hilang Kerana Kecuaian Awak

"Disebabkan kecuaian awak, suami saya tidak boleh berdiri, berjalan dan sukar untuk baring.

"Awak juga telah menyebabkan kehilangan punca pendapatan dan oleh kerana perbuatan cuai awak membelok ke kiri, saya akan pastikan awak akan menerima balasan yang setimpal atas apa yang berlaku," tulisnya yang meluahkan rasa kesal di laman Faceboonya.

Lisa meluahkan rasa kesalnya di laman Facebook dan berharap pesalah tersebut akan mendapat balasan atas kecuaiannya.

Sumber
Lisa Malik


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/11/punca-pendapatan-suami-saya-hilang.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Datuk Seri direman 4 hari,ok!: ELAKI bergelar Datuk Seri berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika mereka bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu, direman empat hari bermula hari ini hingga 3 November.

Datuk Seri direman 4 hari

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuksiasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

Terdahulu, lelaki yang memakai kemeja-T putih itu tiba di Mahkamah Ampang pada jam 9.30 pagi sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi untuk prosiding reman.

 Prosiding itu mengambil masa lebih sejam sebelum lelaki itu dibawa keluar pada jam 12 tengah hari.

Semalam, lelaki berkenaan ditahan polis pada jam 4 petang selepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing mengalami bengkak pada mata kiri selain sakit pada beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki berkenaan.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta Datuk Seri itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/11/datuk-seri-direman-4-hari.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Terowong Ujian Nuklear Korea Utara Runtuh,ok!: Sebuah terowong yang sedang dibina di tapak ujian nuklear Korea Utara runtuh dan dianggarkan 200 pekerja terbunuh, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap yang memetik laporan media Jepun semalam.

Terowong Ujian Nuklear Korea Utara Runtuh

Menurut Yonhap, kemalangan berlaku di tapak ujian nuklear Punggye-ri, timur laut Korea Utara pada 10 September lalu. Stesen televisyen Jepun, Asahi TV melaporkan, kira-kira 100 terperangkap apabila terowong dalam pembinaan itu runtuh, manakala 100 orang lagi terbunuh apabila runtuhan kedua berlaku semasa mereka cuba menyelamatkan mangsa sekali gus menjadikan angka korban mencecah 200. Korea Utara didakwa menyembunyikan kemalangan itu selama hampir dua bulan.

Terowong Ujian Nuklear Korea Utara Runtuh

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan kebocoran radioaktif besar-besaran akan berlaku dan mengakibatkan bencana nuklear seperti di Chernobyl dan Fukushima.

Sekumpulan pakar pernah mengeluarkan amaran bahawa tapak ujian nuklear Korea Utara menjadi lemah dan tidak stabil selepas enam ujian nuklear dilakukan termasuk letupan paling kuat pada bulan lalu. – Agensi.

Kredit
Informasi TEMPUR



from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/11/terowong-ujian-nuklear-korea-utara.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Pengambaran Running Man Terpaksa Dihentikan, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan,ok!: Kim Joo Hyuk, pelakon dan anggota rancangan Korea popular 2 Days 1 Night dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya menurut agensi berita Korea Yonhap.

Pengambaran Running Man Terpaksa Dihentikan, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan

Menurut laporan media Korea, kejadian itu berlaku di Samseong-dong, Seoul kira-kira jam 4.30 petang tadi apabila kereta Mercedes-Benz jenis SUV yang dipandu oleh Kim Joo Hyuk terbalik dan berpusing sebelum melanggar dinding sebuah apartmen di kawasan kejiranan tersebut.

Pada hari yang sama, kekasihnya iaitu Lee Yoo Young yang kini sedang berada di Busan untuk pengambaran Running Man episod seterusnya terkejut apabila mendapat khabar sedih berkenaan. Menurut wakil Young, Lee Yoo Young berkali-kali bertanya soalan yang sama untuk kepastian ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Susulan itu, pengambaran Running Man terpaksa dihentikan atas permintaan Lee Yoo Young untuk pulang ke Seoul serta-merta.

Pengambaran Running Man Terpaksa Dihentikan, Kim Joo Hyuk Maut Kemalangan

Sekitar jam 4 petang waktu Korea pada hari Isnin (30 Oktober), kereta Mercedes yang dinaiki oleh Kim dilaporkan terbalik dan terbakar . Menurut polis, Kim terlanggar kereta lain yang berdekatan dan terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum keretanya terbalik. Hanya Kim sahaja yang berada di dalam kereta sewaktu kemalangan. Dia diselamatkan dan dibawa ke hospital berhampiran tetapi telah disahkan meninggal dunia.

Lee Yoo Young dan Kim Joo Hyuk mendedahkan bahawa mereka mula bercinta pada Disember 2016. Bulan lalu, Kim pernah menyuarakan hasratnya untuk mengahwini Lee Yoo Young dan memiliki cahaya mata perempuan.

Untuk rekod, Kim Joo Hyuk juga pernah menjadi tetamu jemputan Running Man.


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/pengambaran-running-man-terpaksa.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

2 Tahun Kami Makan HATI Dengan Dia, Bapa Usop Mentor Dedah Perangai Anak Lelakinya Itu,ok!:

DUAtahun kami makan hati dengan dia, itulah kata bapa kepada Usop mendedahkan perangai sebenar anak lelakinya itu sewaktu usia kecilnya.
2 Tahun Kami Makan HATI Dengan Dia, Bapa Usop Mentor Dedah Perangai Anak Lelakinya Itu

DUA tahun kami makan hati dengan dia, itulah kata bapa kepada Usop mendedahkan perangai sebenar anak lelakinya itu sewaktu usia kecilnya.

Noor atau nama sebenarnya Muhamad Noor, 46, berkata dia dan isteri diberi dugaan apabila Usop yang dilahirkan tidak berhenti menangis.

Peristiwa itu berlanjutan selama dua tahun sehingga mereka habis melakukan ikhtiar untuk menghentikan masalah itu.

Bagaimanapun, Noor menganggap ada hikmah di sebalik dugaan tersebut.

Selain itu, Usop juga pernah bekerja dengan syarikat servis penghawa dingin sebelum bergelar seorang penyanyi.

Usop pernah kerja servis penghawa dingin dan tolong saya masak untuk perniagaan katering.

2 Tahun Kami Makan HATI Dengan Dia, Bapa Usop Mentor Dedah Perangai Anak Lelakinya Itu
Usop bergambar bersama peminat yang hadir pada majlis Meet & Greet Usop Mentor yang diadakan pada Sabtu.

Ketika itu umur dia 16 tahun. Dia rajin membantu tanpa disuruh walaupun ketika itu dia masih belajar, ujarnya.

Manakala guru Usop ketika di sekolah rendah pula iaitu, Jamaliah Yahya, 44, berkata penyanyi itu seorang yang pendiam dan tahu menjaga kata-kata apabila berbicara.

Bakat nyanyiannya mula dilihat ketika memasuki sekolah menengah dengan memasuki pertandingan dikir barat.

Kalau orang tak kenal Usop ini memang nampak sombong. Tapi yang sebenarnya dia seorang yang pendiam.

Ketika sekolah dia memang jarang bercakap dengan cikgu tapi hanya berborak dengan kawan-kawan sahaja.

2 Tahun Kami Makan HATI Dengan Dia, Bapa Usop Mentor Dedah Perangai Anak Lelakinya Itu
Jamaliah, cikgu yg pernah mengajar Usop subjek Matematik ketika di sekolah rendah.

Dia akan jaga percakapan atau kata-kata apabila nak bercakap. Bakat Usop mula dilihat ketika dia menyertai Dikir Barat di sekolah menengah, kata Jamaliah.

Jamaliah merupakan guru Matematik ketika penyanyi tersebut berusia 10 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Kedah dan juga merupakan salah seorang admin kelab peminatnya.

Usop, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim sebelum ini dikritik kerana gagal memberi kerjasama dengan pihak media namun ia sebenarnya salah faham kerana dia masih baru dalam dunia seni.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/30/perangai-sebenar-usop/#BlBGkeQ7TyzDbeVj.99


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/2-tahun-kami-makan-hati-dengan-dia-bapa.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Misteri Sulur Bidar,ok!

Misteri Sulur Bidar

Merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut.

Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.

Versi Pertama
Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

Versi Kedua
Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

Versi Ketiga
Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

Versi Keempat
Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

Versi Kelima
Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Versi Keenam
Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.



Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/misteri-sulur-bidar.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Pokok sebesar pemeluk ‘meletup’ dan tumbang selepas seorang pengamal perubatan Islam merawat seorang pesakit wanita yang diganggu jembalang lebih 20 tahun.

Pokok Meletup & Tumbang Selepas Rawatan Pindah Jembalang

Ustaz tersebut yang dikenali Ustaz Md. Rosdi Hasan itu pada mulanya menyuruh pesakitnya mengikat baju dan seluar yang dipakai pesakit kepada sebatang pokok sebesar pemeluk diwaktu malam.

Pokok Meletup & Tumbang Selepas Rawatan Pindah Jembalang
Inilah pokok yang tumbang selepas proses ‘memindahkan’ jembalang oleh Md. Rosdi.

Semasa merawat dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, tiba-tiba pokok tersebut ‘meletup’ dan tumbang. Bunyi meleyop tersebut jelas kedengaran.

Pokok Meletup & Tumbang Selepas Rawatan Pindah Jembalang

“Usaha memindahkan jembalang yang sering mengganggu seorang wanita lebih daripada 20 tahun berjaya dilakukan meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Pokok Meletup & Tumbang Selepas Rawatan Pindah Jembalang

“Pada mulanya semua lampu yang dipasang meletup sehinggakan kami terpaksa menggunakan api lilin dan bantuan torchlight sahaja,” ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya.

Dalam pada itu, lokasi dan identiti mangsa tidak dinyatakan.

Md. Rosdi mendakwa sebelum bacaan Yasin dan zikir munajat dimulakan, satu wajah ‘jembalang’ telah muncul dibelakang pesakit.



Jembalang inilah yang sering mengganggu wanita itu dan itu berjaya dipindahkan ke sebatang pokok sebesar pemeluk sehingga tumbang, katanya.

Sebelum ini, rakaman videonya menarik ular dari badan pesakit, membakar pokok menggunakan kopiah dan menarik keris dalam tanah juga pernah menjadi tular dimedia sosial.


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/pokok-meletup-tumbang-selepas-rawatan.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Boy Iman Ditahan Polis,ok!: Pihak polis menahan Pengarah Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta, semalam.

Boy Iman Ditahan Polis

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Acryl Sani berkata, susulan daripada itu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang semalam.

"Turut ditahan dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources masing-masing berusia 29 dan 45 tahun yang juga suspek utama kes ini.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang polis merampas Nissan Fairlady dan BMW E92, tiga telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen syarikat DBI Properties,"katanya.

Katanya, berdasarkan penelitian yang dilakukan polis didapati sindiket penipuan semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

"Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya.

"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat," katanya.

Menurut Acryl Sani, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/boy-iman-ditahan-polis.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

3 Anggota TLDM Direman Untuk Siasatan Mengikut Seksyen 302,ok: SERI MANJUNG: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM dalam bilik tahanan pasukan itu.

3 Anggota TLDM Direman Untuk Siasatan Mengikut Seksyen 302

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tiga anggota TLDM yang berusia antara 29 hingga 44 tahun itu bermula hari ini hingga 7 Oktober.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dekat sini, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.45 pagi dan masuk ke dalam mahkamah 15 minit kemudian dengan prosiding selesai kira-kira jam 9.45 pagi.

Malam tadi, bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mengesahkan dua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.

Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan pada jam 3.15 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata berikutan itu polis menahan tiga anggota TLDM pada jam 9.30 malam tadi untuk membantu siasatan kes kematian itu.

Katanya, ketiga-tiga suspek adalah anggota yang bertugas di bilik tahanan pasukan itu untuk syif 10 pagi hingga 10 malam pada hari kejadian.

sumber
Berita Harian


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/3-anggota-tldm-direman-untuk-siasatan.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Kes Bunuh Anggota TLDM, Ahli Keluarga Akan Lantik Peguam Untuk Pendakwaan: Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia petang Jumaat lalu dipercayai didera, sudah melantik peguam.

Kes Bunuh Anggota TLDM, Ahli Keluarga Akan Lantik Peguam Untuk Pendakwaan

Kakak sulung kepada arwah, Nik Noorliliwati Nik Mat, 44, berkata perkara itu dimaklumkan keluarga isteri Nik Muhammad Baihaqy bahawa mereka sudah melantik peguam sebaik saja mengetahui kematian arwah akibat dibunuh.

Katanya, tindakan itu dibuat atas persetujuan semua ahli keluarga yang mahu pihak tidak bertanggungjawab itu menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya sehingga membawa kematian kepada anak kelapan daripada 10 beradik itu.

"Kami tidak sangka dan cukup terkejut kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai daripada penderaan, bukannya kematian mengejut seperti dimaklumkan polis sebelum ini.

"Kesalahan arwah hanya sekadar tatatertib, namun dihukum sehingga meragut nyawa dan menjadi kes bunuh. Saya cukup kecewa dengan kawalan TLDM yang membiarkan insiden ini berlaku.

"Apa yang berlaku sekalipun, ahli keluarga akan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menegakkan keadilan, terutama untuk tiga anaknya yang berusia antara 10 bulan hingga empat tahun," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Jenazah Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy atau dipanggil Eqiey yang meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin, selamat dikebumikan pada jam 5.50 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor Bazlin Mohammad, 28, dan tiga anaknya, Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan.

Sementara itu, adik iparnya, Lokman Hakim Zakaria, 27, berkata keluarganya kesal dengan insiden yang berlaku dan akan memperjuangkan hak arwah bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu diheret ke muka pengadilan.

"Isteri dan tiga anaknya yang masih kecil perlu mendapat keadilan kerana mereka sudah hilang tempat perlindungan. Saya tidak dapat bayangkan keadaan mereka terutama anaknya yang tidak sempat kenal lama bapanya.

"Jika arwah melakukan kesalahan sekalipun, bukan dengan cara dera sehingga membawa kematian. Apapun, kami akan tuntut keadilan sewajarnya," katanya.

sumber
Berita Harian


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/kes-bunuh-anggota-tldm-ahli-keluarga.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Jadi Kes Bunuh: Hasil Bedah Siasat Dedah Kedua-Dua Mangsa Dipukul Dengan Senjata Tumpul,ok!: Polis kini mengklasifikasi kes dua anggota TLDM yang meninggal dunia dalam Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, sebagai kes bunuh.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota terbabit mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat dibedah siasat jam 3.30 petang hingga 7 malam dan hasil bedah siasat dapati punca kematian adalah pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

"Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri pula dilakukan pada jam 9 malam hingga 11.30 malam dan punca kematian adalah pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.


Menurutnya, polis sudah merakam percakapan lapan tahanan yang ada dilokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian.

"Rampasan dilakukan terhadap set kamera litar tertutup (CCTV), tujuh cotar (t baton), buku log bertugas dan buku log SOP (perintah tetap Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi selain beberapa telefon bimbit untuk tujuan siasatan," katanya.

Tian Kee berkata, bertindak atas maklumat bedah siasat itu pada kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah membuat tiga tangkapan.

"Tangkapan membabitkan tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun.

"Kesemua tangkapan akan direman untuk membantu siasatan di Mahkamah Seri Manjung hari ini," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek terbabit bertugas bagi syif bertarikh 29 Seotember jam 10 pagi hingga 10 malam.

"Hasil siasatan awal daripada bedah siasat yang dilakukan ke atas kedua-dua anggota TLDM terbabit dipercayai ada berlakunya kes penderaan yang mendatangkan kecederaan.

"Daripada penemuan ini, siasatan diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/10/jadi-kes-bunuh-hasil-bedah-siasat-dedah.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Ketika Menerima Panggilan Suami Akan Ditahan, Saya Ada Berpesan Supaya Pegawai Tersebut "Fikirkan" Masa Depan Anak-Anak Saya Yang Masih Kecil ,ok:! "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua (berhenti kerja)," itu luahan terakhir Allahyarham LK 1 PNK Nik Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, kepada isterinya Noor Bazlin Mohammad.

Ketika Menerima Panggilan Suami Akan Ditahan, Saya Ada Berpesan Supaya Pegawai Tersebut "Fikirkan" Masa Depan Anak-Anak Saya Yang Masih Kecil

Noor Bazlin, 28, berkata sebelum ini suaminya yang bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di bahagian Paskal mulai 2015 pernah menyatakan mahu berhenti kerja dan merancang untuk menjalankan perniagaan.

Jururawat di Klinik Kesihatan Dato' Keramat di Kuala Lumpur itu berkata sebelum memasuki bilik tahanan suami menghubunginya dengan menggunakan telefon pengiring dengan memberitahu dia ditahan atas kesalahan lewat hadir ke tempat kerja buat kali kedua.

Menurutnya dia turut menerima panggilan daripada seorang pegawai TLDM pada malam Rabu yang mengatakan suaminya akan ditahan.

"Selepas mendapat tahu hal itu saya berasa risau dan tidak sampai tiga hari dia ditahan saya mendapat berita pemergiannya," katanya dengan sebak ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Menurut kenyataan TLDM hari ini, Nik Mohd Baihaqy dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Perak ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan semalam.

Menurutnya ketika menjalani latihan tersebut, anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum kedua-dua anggota disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.

Punca sebenar kematian itu masih dalam siasatan polis dan pihak TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi mencari punca sebenar kejadian, menurut kenyataan itu .

Ibu kepada tiga orang anak berusia empat hingga 10 bulan itu berkata dia mendapat berita tentang kematian suaminya pada 5.30 petang semalam daripada seorang pegawai TLDM yang menghubunginya.

"Apa yang saya persoalkan ketika ini adalah bagaimana suami saya boleh sesak nafas serentak dengan seorang lagi tahanan?

“Adakah stamina kedua-dua mereka sama?...Itu yang pelik," katanya yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Noor Bazlin berkata, dia reda jika kematian suaminya namun tidak akan berdiam diri jika ada unsur jenayah di sebalik kejadian itu.

"Ketika menerima panggilan pegawai TLDM yang mengatakan suami akan ditahan, saya ada berpesan kepada pegawai itu agar ‘fikirkan’ mengenai anak-anak saya yang masih kecil.

"Saya reda atas kematiannya, namun saya tidak akan berdiam diri jika kejadian itu ada berlaku unsur jenayah," katanya sambil menambah suaminya telah berkhidmat dalam TLDM selama sembilan tahun.

Noor Bazlin berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan bersebelahan kubur bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu.

sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/09/ketika-menerima-panggilan-suami-akan.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Lelaki Muat Naik Video Anak Pukul Ibu Mohon Maaf,ok!: , individu yang mendakwa menularkan video berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya atas perbuatannya itu.

Lelaki Muat Naik Video Anak Pukul Ibu Mohon Maaf

Pemilik akaun Facebook Jejaka Sereng dalam kenyataannya di laman sosial itu berkata, dia memohon maaf kepada pihak keluarga remaja berkenaan kerana memuat naik video itu kira-kira jam 6 petang, semalam.

"Assalamualaikum kehadapan keluarga Syukri, saya ingin memohon maaf diatas kesilapan dan kesalahan saya kerana telah menviralkan (menularkan) video yang tidak sepatutnya saya postkan (muat naik) dilaman sosial facebook ini.

"Saya akui diatas kesalahan yang telah saya lakukan kerana menviralkan video tersebut.

"Saya tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. Saya berharap permohonan maaf ini diterima oleh pihak keluarga Syukri," katanya dalam kenyataan itu, empat jam selepas video berkenaan menjadi tular.

Lelaki Muat Naik Video Anak Pukul Ibu Mohon Maaf

Pada kenyataan yang dimuat naik, Jejaka Sereng turut memberi komen bahawa dia memperoleh video berkenaan daripada rantaian pesanan yang bermula daripada adik remaja berkenaan.

"Video daripada seorang adik hantar kepada orang, sampai kepada saya, saya viralkan. Tapi saya ingin memohon maaf kerana menviralkan (menularkan). Rasa bersalah terhadap keluarganya kerana menviralkan. Maafkan atas apa yang berlaku," katanya dalam komen itu.

Bagaimanapun, Harian Metro yang cuba mendapatkan individu itu melalui pesanan peribadi tidak menerima sebarang reaksi.

Jejaka Sereng memuat naik video berkenaan dengan menyatakan kes itu berkaitan seorang remaja bernama Syukri memukul ibunya dalam kejadian jam 9 pagi.

Dia juga menyatakan kejadian berlaku di sebuah rumah di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang, serta meminta netizen untuk kongsikan video itu kerana terdapat pihak yang sedang mencari remaja berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, bapa remaja berkenaan tampil membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga termasuk anak lelakinya selepas video terbabit tular dan dikecam orang ramai.

Lelaki Muat Naik Video Anak Pukul Ibu Mohon Maaf

“Pengadu berusia 39 tahun memberikan video terbabit kepada guru sekolah anaknya dengan niat agar guru berkenaan menasihati anak pengadu itu.

“Kemudian pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara bertanyakan mengenai video terbabit
 terbabit selepas ia tular di Facebook dan dikecam banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pengadu dan isteri pengadu enggan tindakan diambil terhadap anak mereka atau mana-mana pihak. Ibu remaja itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau kesan pukulan kerana dipukul dengan tangan sahaja.

Walaupun begitu, ramai netizen tetap menyokong tindakan Jejaka Sereng memuatnaik video berkenaan sebagai pengajaran kepada remaja tersebut agar berubah menjadi lebih baik dimasa hadapan.

Video remaja memukul ibunya itu tular di laman sosial sejak petang semalam telah menerima lebih 200,000 tontonan dalam tempoh lima jam dan menerima pelbagai reaksi netizen sebelum dipadamkan oleh Jejaka Sereng.


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/09/lelaki-muat-naik-video-anak-pukul-ibu.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

16 Tahun Dah Berani Belasah Ibu Sendiri,ok! “Biadab!”, itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang remaja lelaki yang sanggup memukul ibu kandungnya sendiri demi mendapatkan wang.

16 Tahun Dah Berani Belasah Ibu Sendiri

Video remaja lelaki yang dianggarkan berusia 16 tahun itu dilihat tergamak memukul ibunya beberapa kali hanya kerana wanita itu tidak menunaikan permintaannya yang meminta wang belanja di sekolah.

Video yang dimuat naik sejak jam 7.40 malam tadi, telah ditonton 55,000 kali dan dikongsi 630 netizen di laman Facebook dan difahamkan kejadian itu berlaku di Flat Taman Bukit Teratai, Ampang.

Mangsa yang sedang memakai seluar sekolah dengan tanpa belas kasihan memukul tanngan kiri ibunya tanpa mempedulikan rayuan mangsa yang meminta dia berhenti menyakitinya.

“Sakitlah Bang Long,” kata mangsa.

Dalam video berdurasi 43 saat itu juga menunjukkan neneknya juga berada di ruang tamu itu menyaksikan cucunya itu menyakiti anaknya bertubi-tubi.

“Dah! Dah! Esok jangan sekolah. Tak payah sekolah. Ha, tumbuk muka nenek, tumbuk muka nenek yang tak nampak ni,” kata neneknya.

Enggan terus dipukul remaja terbabit, mangsa terpaksa menyerahkan sebahagian duitnya, namun remaja itu meminta ibunya menyerahkan semua duit yang ada di dalam beg tangan itu.

Bukan sahaja tergamak sampai tangan pada ibu sendiri, malah remaja itu sanggup mencaci maki wanita itu, malah mengugut mahu mengancam mangsa jika tidak memberi kesemua wang yang dipinta.

Di media sosial, netizen mengecam tindakan biadab dan kurang ajar remaja terbabit yang tidak menghormati ibu kandungnya sendiri dan layak dilabelkan sebagai anak derhaka.

“Inilah hasilnya terlalu memanjakan anak. Hasil terlalu melayan anak seperti raja yang akhirnya menyebabkan ibu bapa menjadi hamba kepada anaknya sendiri,” kata netizen.

Sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/09/16-tahun-dah-berani-belasah-ibu-sendiri.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Korea Utara Sedia Serang US,ok!:
SEOUL: Korea Utara memberi amaran Amerika Syarikat (AS) perlu 'membayar harga sewajarnya' kerana mengetuai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan tambahan terhadap negara itu.

Korea Utara Sedia Serang US

Washington mendesak undi draf resolusi untuk mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Pyongyang susulan ujian nuklear terkini yang dilakukannya.

Berdasarkan draf resolusi yang didedahkan kepada Reuters, AS mahu Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan minyak, menghentikan eksport utama tekstil dan larangan kewangan serta perjalanan terhadap Pemimpinnya, Kim Jong Un.

Jurucakap Kementerian Luar Korea Utara berkata, AS marah terhadap ujian nuklear yang lebih dianggap sebagai 'pertahanan diri' hingga sanggup memanipulasi Majlis Keselamatan PBB.

"Sekiranya A.S melancarkan 'resolusi' yang haram dan menyalahi undang-udang dengan mengenakan sekatan lebih keras terhadap Republik Demokratik Korea Utara (DPRK), ia bakal membayar harga yang wajar," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA.

Katanya, dunia bakal menjadi saksi bagaimana DPRK bakal 'menjinakkan' AS kerana mengenakan beberapa siri sekatan keras yang di luar jangkaan.

Menurut pegawai Korea Selatan selepas melancarkan ujian nuklear ke enam yang dikatakan bom hidrogen pada 3 September lalu kemungkinan negara itu bakal melancarkan peluru berpandu balistik antara benua untuk menentang tekanan antarabangsa. - Reuters


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/09/korea-utara-sedia-serang-us.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Kisah Komando Malaysia Di Bosnia - Pathfinder2,ok!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semoga sahabat sekalian berada dalam rahmat Allah.
Pathfinder 2

Kisah Komando Malaysia Di Bosnia - Pathfinder2

Tun Mamat menegur Mejar Uncle Sam.
"Sir. I cannot sure your team will safe if you not follow my order. My team and I will make sure you finish up your job. Can we make a deal?"
"I am sure you know what this is for?"

Sambil memberikan rifel kepada Mejar.
"Make use with it. It will became nasty out there".

Sambil pendekar lain menjeling ke arah Tun Mamat, Tun Mamat menyambung bicara.

"Koperal pastikan armor mencukupi. Tolong tunjukkan mereka safety pin di mana. Takut masa nak menembak mereka lock".

Maka riuh bilik taklimat dengan ketawa. Tanpa memahami bahasa, tentera Uncle Sam turut ketawa.
"By the way Sir, please make sure all your equipment and goods are enough. In the good condition. Also.. I hope all your Troop in a good health and fit", ujar Tun Mamat dalam nada sinis.

"Prepare yourself and we move tonight. I don't want anybody die on my responsibility". Tun mamat mengarahkan koperal untuk memastikan kenderaan logistik.

Condor digunakan untuk membawa mereka ke destinasi. Sebagaimana rancangan seperti di dalam bilik taklimat, mereka perlu berjalan memasuki kawasan musuh.

Sampai masa yang ditetapkan, mereka telah berkumpul untuk dibawa pergi. Diikuti dengan 10 orang Resistance untuk membawa peralatan serta tugasan tertentu.

Walaupun Tun Mamat mahir dengan selok-belok setempat dan bukan pertama kali menjangkau ke kawasan musuh, tetapi khidmat resistance tetap diperlukan. Lebih mudah jika ia kampung halaman sendiri.

Tiba di pos terakhir, tempat di mana pendekar daripada Skuadron yang lain berkawal. Tun Mamat memberi salam. Dan bertanyakan tentang perimeter kawasan.

Pendekar yang berkawal di atas pergunungan telah memberi sedikit maklumat. Tentang pergerakan musuh dan sekitar. Tun Mamat ternyata mendapat maklumat penambahan yang sangat berguna daripada pendekar yang berkawal.

Hal ini dibincangkan bersama dengan Mejar daripada Uncle Sam. Supaya tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Sir. We must move now", ujar Tun Mamat. Yang mengetuai 6 orang pendekar, 6 anggota daripada Uncle Sam serta 10 orang Resistance.

10 orang daripada resistance ini adalah yang dipilih khas oleh Tun Mamat sendiri. Berdasarkan pengalaman dan skill mereka. Kesemua mereka adalah anak didik Tun Mamat dan pendekar.

Tun Mamat menggelarkan mereka The Reaper.
Anak muda Bosnia yang dilatih untuk membunuh. Mahir dalam crossbow.

Crossbow dibawa masuk dari Italy.
Seramai 23 orang meredah kepekatan malam melalui tali air. Tali air akan membawa ke pergunungan. Yang jelas tiada periuk api di tali air atau sungai kecil.

Setelah hampir 20 km meredah malam...
Mejar bersuara, "Leftenan. My man needs to stop. We have March long enough".

Tun Mamat membalas, "Sir. We are not going picnic. We're in enemy territory. We can be spotted. This is how you train Sir?"

"In my country only school boy March 20 km".
"Koperal, Samad dan Majid. Bawa 5 orang Resistance dan peralatan berjalan 1 jam ke hadapan. Pastikan perimeter selamat. Saya akan menyusul kemudian", arah Tun Mamat.

Bersama pendekar yang tinggal, Tun Mamat berbual.
"Sakit jiwa aku melihat mereka ni. Baru 3 jam berjalan dah nak berhenti. Dah macam bawa budak tadika", Tun Mamat merungut.

Hassan berkata, "Kita ni dah macam babysitter Tuan. Ada hati nak ketuai operasi".

Setelah hampir setengah jam mereka berhenti, Tun Mamat bersuara. "Sir. We must keep moving. Check all your goods. Nothing left behind".

Mereka meneruskan perjalanan. Sehingga bertemu kumpulan koperal. Perjalanan diteruskan lagi sehingga ke kaki gunung.

Tun Mamat mengarahkan Samad dan Hassan membawa 3 orang Resistance berlari setengah jam ke hadapan dan pastikan perimeter. Berhenti.

Apabila kumpulan induk sampai ke tempat kumpulan Samad, Tun Mamat mengarahkan Majid dan Roslin membawa 3 orang Resistance berlari setengah jam ke hadapan. Serta memastikan perimeter.

Begitulah drill yang dilakukan oleh Zaini dan Megat.

Sehinggalah terjumpa bandar di hadapan mereka. Hari sudah hampir siang. Tun Mamat mengarahkan koperal untuk meninjau bandar sebagai tempat mereka berehat.

Mencari terowong parit tempat mereka bersembunyi dan tidur.

Insyallah jika di izinkan kita akan bertemu di lain waktu dan ketika.

kredit
FB Page Rejimen Gerak Khas


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/08/kisah-komando-malaysia-di-bosnia_20.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Powered by Blogger.