Halloween party ideas 2015

Hans Isaac Dakwa Tindakan Neelofa Jejaskan Imejnya | Agak pelik juga bila Hans Isaac mendakwa tindakan Neelofa mengumumkan hubungan mereka telah putus (walhal sebelum ini mereka tidak pernah mengatakan mereka bercinta) telah menjejaskan imejnya didalam dunia korporat.






"Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini.



"Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan ianya tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya,"



Dalam pada itu, Hans juga tidak menafikan atau mengiyakan mengenai gosip kononnya Neelofa dilamar kerabat diraja di sebuah negeri Pantai Timur, tetapi percaya khabar angin yang sering tersebar melibatkan selebriti selalunya benar.



"Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab jika tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?" tegas Hans.



Namun jelas Hans, perasaan marahnya sudah reda dan tidak menafikan masih menyayangi Neelofa tetapi hanya sekadar rakan sahaja.



“Perasaan marah sudah semakin reda dan saya tidak bermusuhan dengan Neelofa. Kami masih lagi berkawan masih berkomunikasi seperti biasa. Ya memang saya akui perasaan sayang masih ada tetapi sekadar rakan sahaja tidak lebih dari itu.



“Kini saya hanya fokus dengan kerja harian yang sememangnya padat dan tidak mahu fikir soal peribadi yang menimpa diri sebelum ini. Memang kadang kala ada rasa sunyi tetapi saya tidak mahu perkara ini menyelubungi diri saya. Jadi ada sahaja aktiviti yang saya lakukan untuk elak perasaan tersebut timbul,” tambah Hans lagi.



sumber

http://ift.tt/1vlTVwb





from KeZooM http://ift.tt/1oUNbpd

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.