Halloween party ideas 2015

Johan Jawab Isu Minta Bayaran Jika Mahu Di Temubual | Hangat juga kisah Johan dalam seminggu dua nih. Sebelum ini Johan pernah menyatakan mengenakan bayaran tertentu walau untuk kerja amal dan menolak andainya bayaran tersebut tidak mencapai standard beliau. Hurmm...biasalah tu kann...tetapi kali ini tuduhan Johan mengenakan bayaran waalupun hanya untuk temubual sahaja....






"Saya rasa itu mengarut!" Itu ungkapan yang keluar dari mulut pelakon serta pelawak popular, Johan saat diajukan mengenai tuduhan kononnya dia meminta bayaran jika ada pihak media yang mahu menemubualnya.






"Takkan lah mahu temubual pun nak bayar. Saya tak rasa macam itu, melainkan kalau saya ini Russell Peter (pelawak antarabangsa), jadi mungkin kena bayarlah. Apa yang boleh saya katakan, orang macam saya ini mungkin banyak disalah ertikan apabila saya jawab secara spontan.



Bagi saya, kadang-kadang jawapan saya itu bergantung dengan persekitaran dan tempat juga. Apapun, saya memang tak minta bayaran seperti yang didakwa," ujar Johan ketika ditemui pada majlis tayangan media filem 'Ribbit' di TGV One Utama pada Selasa.



sumber

http://ift.tt/1oRtHBQ





from KeZooM http://ift.tt/1nagpLi

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.