Halloween party ideas 2015

KIAMAT? - Asteroid Bakal Langgar Bumi Tahun 2880 | Sekumpulan ahli penyelidik di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS) menjumpai sebuah asteroid gergasi yang berkemungkinan menghentam Bumi pada tarikh 16 Mac 2880, lapor akhbar MailOnline.






Menurut saintis, semua kehidupan dijangka mati akibat dari hentaman tersebut.



Walaupun peluang untuk asteroid sepanjang satu kilometer yang dikenali sebagai 1950 DA menghentam Bumi adalah satu bagi setiap 300 tetapi bagi pandangan para saintis, peluang objek berkenaan berlanggar dengan Bumi tetap ada.



Menurut laporan yang disiarkan di jurnal Nature, para saintis memberitahu, asteroid berkenaan mempunyai diameter hampir satu kilometer dan bergerak dengan kelajuan kira-kira 14 kilometer sesaat menuju ke Bumi.












Trajetori dari Dailymail mengenai pelanggaran asteroid pada 16 Mac 2880

Asteroid berkenaan juga berputar dengan sangat pantas iaitu sekali dalam tempoh dua jam dan enam minit.



Dengan putaran sepantas itu, asteroid berkenaan sepatutnya berpecah tetapi satu tenaga yang dikenali sebagai van der Waals menjadikan batu angkasa itu tetap tidak terbelah.



Menurut para saintis, mereka tidak pernah menemui tenaga seperti itu pada sesebuah asteroid.



Sekiranya asteroid berkenan menghentam Bumi ia akan berlanggar pada kelajuan 61,155 kilometer sejam dan menghasilkan tenaga menyamai kuasa 44,800 megatan trinitrotoluena (TNT).



Impak pelanggaran itu menyebabkan letupan yang sangat besar dan kejadian tsunami serta mengubah iklim Bumi serta memusnahkan semua kehidupan di Bumi. - AGENSI






sumber

http://ift.tt/1mcql6L

http://ift.tt/17lFsD7





from KeZooM http://ift.tt/1mcql6M

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.