Nor Farhan Rugi Lebih RM15,000 Kereta Kena Pecah | Cermin kereta Mini Cooper milik penyerang pasukan Terengganu, Mohd Nor Farhan Mohammad, 30, dipecahkan ketika dia dan isterinya, Nik Suhaida Megat Deraman, 30, serta anak mereka, Muhammad Adeel Haqeem, 3, berhenti sarapan di Gerai Nasi Dagang di Kampung Chendering.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Mohd Nor Farhan atau lebih dikenali dengan panggilan Ben10 dalam kalangan peminat skuad Penyu, mengalami kerugian lebih RM15,000 apabila beg milik isterinya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai lesap.
Menurutnya, selesai bersarapan dan membungkus juadah di situ, dia menuju ke keretanya yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai makan berkenaan dan terkejut apabila mendapati cermin sebelah kiri tempat duduk penumpang belakang pecah.
Katanya, apabila memeriksa di tempat duduk belakang, dia mendapati beg galas milik isterinya yang mengandungi seutas gelang bernilai RM12,000 dan wang tunai RM2,000 hilang.
“Selain itu gelang dan wang tunai, ada beberapa dokumen penting di dalam beg itu seperti kad pengenalan, MyKid anak, lesen memandu dan kad bank. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Chendering kira-kira jam 10.11 pagi.
“Kejadian ini memang mengejutkan kami sekeluarga kerana sebelum ini kita hanya mendengar berita kes sebegini berlaku dan percaya berkemungkinan suspek sudah mengekori saya sebelum bertindak memecahkan cermin kereta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Perumahan KP Perdana Fasa (1) Kampung Kubang Parit.
Mengakui masih terkejut dengan insiden itu, Mohd Nor Farhan berharap ia tidak akan menjejaskan aksinya di atas padang dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan bertemu Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini).
“Walaupun ini kejadian pertama menimpa saya, tetapi saya akan berusaha mengetepikan masalah ini seketika dan akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasukan kerana perlawanan malam esok (malam ini) cukup penting buat Terengganu dalam usaha mencari kemenangan kedua,” katanya.
sumber
http://ift.tt/1twnV8v

from KeZooM http://ift.tt/1q85shO
via Kezoom
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself