Halloween party ideas 2015



Permintaan Akhir Memen Kepada Linda Rafar | Linda Rafar tidak pernah menyangka anaknya Memen atau nama sebenar Rezaimen Kiflin Kifli akan pergi dalam usia yang masih terlalu muda, menurut Linda, penyakit anaknya tidak dapat dikesan pada mulanya. Apa yang dia tahu adalah arwah anaknya sering mengadu sakit perut.







“"Awal tahun ini, dia kerap sakit perut. Kekerapan dia sakit membuatkan kami menjadi hairan dan membawanya ke hospital. Apabila dia disahkan menghidap kanser perut, penyakit itu sudah berada pada tahap empat, sangat sedih sebenarnya," katanya.



Bagaimanapun naluri keibuan nekad mengatakan dia perlu berusaha untuk mengembalikan anaknya yang menjadi seorang yang ceria. Walau dalam sakit, Memen perlu diberi kegembiraan, sama seperti anak-anak lain seusianya.



Rancak bercerita tentang kegigihannya, perhatian beralih kepada perkara-perkara pelik yang diminta oleh anaknya.



“Sehari sebelum dia (Memen) meninggal, dia meminta saya untuk membuat baju Melayu berwarna merah sama seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Zizan Razak.


“Memen memang sangat meminati Zizan. Tapi, saya tidak sempat untuk membuat baju raya tersebut kerana dia sudah pergi meninggalkan kami," katanya.


Tambah Linda, arwah anaknya itu juga pernah meminta agar hari jadinya disambut bersendirian.



“Jika sebelum ini, dia (Memen) akan menyambut hari jadi bersama abangnya (Rezakil) memandangkan tarikhnya sangat dekat. Tapi tahun lalu, dia meminta agar hari jadinya disambut sendiri.



“Jadi, kami pun membawanya ke sebuah pusat hiburan keluarga. Saya boleh nampak ada sesuatu yang tidak kena pada masa itu terhadap dirinya.






“Dia menjadi kanak-kanak yang tidak ceria. Senyuman yang dilemparkan juga dilihat seperti tiada makna. Tidak sangka, rupa-rupanya ada sesuatu yang ingin dia sampaikan melalui senyuman itu."



Kuatnya Linda bukan sahaja pada dirinya sebagai seorang ibu tetapi juga sebagai isteri.



Tahu bahawa dia pernah melalui episod perkahwinan yang gagal dengan bapa Memen, Keifli Datuk Othman, Linda dengan semampu yang boleh mengeratkan silaturahim antara bekas suami dan suaminya ketika ini, Syed Aiman.



Ditanya apakah rahsianya, Linda hanya mampu memberitahu semuanya kerana kehendak diri sendiri.



“Saya yang berusaha untuk menghubungkan mereka. Saya tahu, saya ada dua anak bersama bekas suami. Jadi tidak salah kami sentiasa berhubung demi anak. Pada masa anak saya sakit, Keifli adalah orang pertama yang saya minta bantuan. Saya memohon dia untuk menghantar anak ke hospital untuk rawatan lanjut kerana saat-saat itu Memen perlukan bapanya juga, selain saya.



“Apa yang saya lihat, Keifli pada masa itu memang banyak berubah dan prihatin serta bertanggungjawab. Saya dengan dia akan bergilir-gilir menjaga Memen.



“Saya akan jaga dari pukul tujuh pagi hingga tujuh malam. Selepas itu Keifli akan datang untuk jaga Memen pula, dia sangat bertanggungjawab kepada arwah," katanya.



Bercerita mengenai suaminya Syed Aiman Syed Mahmud pula, Linda berkata, lelaki itu adalah seorang yang penyayang dan tidak pernah meminggirkan kasih sayang antara semua anak-anaknya. Malah, Syed Aiman juga begitu menyayangi Memen yang tidak pernah dianggap sebagai anak tiri.



“Apabila saya berhubung dengan bekas suami, saya akan minta kebenaran Syed terlebih dahulu. Saya bernasib baik kerana Syed seorang suami yang memahami. Malah, Keifli dan Syed sehingga kini seperti kawan.



"Cuma, biarlah saya sendiri simpan rahsia bagaimana saya boleh menghubungkan mereka berdua walaupun ada juga sesuatu yang berlaku pada awalnya," jelas Linda.



Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak, Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Ariq, 2. Rezaril Keifli, 14 dan arwah Memen adalah hasil perkahwinannya dengan Keifli yang juga pelumba kereta.





sumber

http://ift.tt/1oMn3wI








from KeZooM http://ift.tt/1kR0JBa

via Kezoom

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.