PKR Pecat Ketua Angkatan Muda Kerana Bakar Bendera Parti | PKR semalam memecat seorang anggota parti yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor kerana beliau secara terbuka memaparkan gambarnya sedang membakar bendera parti melalui laman sosial facebook.
“Beliau yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Kuantan secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti, yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum.
“Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti.
“Sdr AIDIL HARYMAN MAT NOR dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat,”kata Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataan medianya hari ini.
Aidil Haryman merupakan penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Alhamdulillah, malam ini dapat tidur lena. Saya kini tidak lagi menganggotai PKR.
“Saya baru saja diberitakan yang mesyuarat MPP PKR telah membuat keputusan memecat saya serta merta.
“Terima kasih kerana membebaskan saya. Terima kasih semua atas sumbangan dan bantuan,” kata Aidil Haryman dalam facebook, rakyat.bangkit.98.
Pahang Daily Online melaporkan Aidil Haryman lebih dikenali sebagai Alang merupakan aktivis PKR di Kuantan.
“Alang yang merupakan salah seorang pejuang tegar KEADILAN akhirnya menerima nasib yang sama seperti Blogger Cucumatkilau yang juga merupakan ahli PKR Cabang Kuantan.
“Untuk makluman, Ketua Cabang PKR Kuantan, Fuziah Salleh juga tertewas bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti baru-baru ini.
“Dengan kehilangan Alang, sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Fuziah, kerana Alang adalah orang kanan beliau yang dekat dihati ahli akar umbi parti itu di sini sebenarnya,” lapornya.
Selain Alang, empat ahli PKR lagi anggota diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Mereka adalah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad dari Cabang Sepang, Abdul Rahim Abdul Wahab dari Cabang Selayang dan Rosmah Suly dari Cabang Batu.
Semua mereka telah didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama NGO lain yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.
Kenyataan penuh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR :
KENYATAAN MEDIA
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat bertarikh 22hb Ogos 2014 yang dipengerusikan DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN, dan dihadiri anggota-anggota MPP yang lain.
Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui MPP:
1) Sdr AIDIL HARYMAN MAT NOR (Cabang Kuantan)
Beliau yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Kuantan secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti, yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum. Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti.
Sdr AIDIL HARYMAN MAT NOR dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.
Yang berikut merupakan anggota-anggota parti yang telah didakwa terlibat dalam satu sidang media PASMEB bersama NGO lain yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20hb Ogos 2014:
2) DR WAN SUHAIMI WAN DAUD (Cabang Pasir Mas)
3) Sdr NASIRUDDIN MOHAMAD (Cabang Sepang)
4) Sdr ABDUL RAHIM ABDUL WAHAB (Cabang Selayang)
5) Sdri ROSMAH BINTI SULY (Cabang Batu)
Anggota-anggota ini akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Dato’ Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN
23hb Ogos 2014
sumber
from KeZooM http://ift.tt/1t4l9tg
via Kezoom

Aidil Haryman semalam membuat lelong keatas baju PKR yg didakwa berjumlah 3 guni |

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself