Halloween party ideas 2015

Kerap Makan Sushi, Badan Lelaki Ini Di Penuhi Cacing | Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.






Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman di seluruh badannya (dari atas hingga kebawah) telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.



Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.



Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.






Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup. (Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).



Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.



Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak.



sumber

http://ift.tt/1v2ZMbf

http://ift.tt/1ra7znw





from KeZooM http://ift.tt/1sZqEV3

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.