Halloween party ideas 2015

Jep Sepah Akui Nazeera Sardi Rapat Dengannya | Jep (Sepahtu) akhirnya menjelaskan gambar dia bersama seorang wanita yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini.






Dalam pada itu, Jep Sepah enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.



"Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini.



"Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram,"



Sebelum ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya.



Sementara itu, Nazeera juga memuatnaik sekeping foto bersama Jep dilaman Instagramnya yang mengandungi caption berbaur romantis.



Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya.



Bagaimanapun ada juga peminat yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya.



Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas.






"Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu.



"Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.



"Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha," katanya dengan nada bergurau.



Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.



Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut.



sumber

http://ift.tt/1x46RHo





from KeZooM http://ift.tt/1wd1ucf

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.