Halloween party ideas 2015

17/10/14




Seminggu selepas pembentangan Bajet 2015, mimbar Jumaat hari ini memberi amaran kepada pemimpin umat Islam agar sentiasa beringat dengan balasan Allah andai bertindak menyeleweng dan tidak menguruskan kewangan negara dengan baik.



Mimbar antara lainnya menggariskan kesalahan membolot kekayaan, mengambil hak rakyat atau tindakan yang menzalimi atau merugikan pihak tertentu.



Sebaliknya, pemimpin berkenaan perlu mencontohi nilai yang ditunjukkan Nabi Yusuf dalam menguruskan harta dan ekonomi: ketaqwaan, kewibawaan dan akhlak terpuji.



“Mimbar amat yakin bahawa dalam menyusun dan mengurus harta rakyat ini, pihak pemerintah mengambil tauladan daripada kewibawaan Nabi Yusuf dan ianya dilaksanakan berdasarkan semangat Islam".



Ia menjelaskan bahawa Najib Yusuf berpandukan kepada prinsip "al-adl wal ihsan – iaitu menghayati semangat keadilan dan muafakat di samping prinsip tidak memudaratkan."



“Amalan yang berasaskan prinsip ini akan sentiasa mengingati balasan daripada Allah di atas setiap kesalahan seperti memonopoli kekayaan, menindas dan mengambil hak rakyat, mementingkan diri sendiri dan segala bentuk penyelewengan atau perkara yang menzalimi dan merugikan pihak tertentu,” teks itu dipetik.



Mimbar seterusnya menyeru agar urusan pentadbiran dijalankan dengan cara terbaik bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan.



“Ini selaras dengan tuntutan syarak dan hasrat pemerintah untuk melahirkan sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi.



“Ingatlah wahai umat Islam sekalian bahawa tanggunjawab memakmurkan negara ini adalah amanah daripada Allah dan amanah ini akan diperhitungkan di akhirat nanti."



Mimbar juga mengingatkan sekali lagi bahawa amalan menguruskan harta secara bijak dan berhemah merupakan seruan Islam.



“Langkah mengurus harta secara berhemah dan berkesan dapat membimbing kita ke arah matlamat yang diidamkan dan membuktikan penghargaan kita kepada pemerintah selain menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran,” teks itu dipetik.


Malaysiakini





from indah.com http://ift.tt/1y1nDba

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.