Halloween party ideas 2015

Ninja Ketuk Kepala Mangsa Akhirnya Di Tahan | Seorang perompak menutup muka ala ‘ninja’ diberkas polis ketika sedang menyorok di bawah jambatan selepas merompak dan memukul kepala dua beranak awal pagi semalam.






Dalam kejadian jam 1.15 pagi semalam, suspek berusia 39 tahun itu menceroboh masuk sebuah rumah di Kampung Changkat di sini, untuk merompak namun gagal berikutan kehadirannya disedari pemilik kediaman.



Susulan itu suspek yang bekerja sebagai tukang baiki rumah bertindak ganas menyerang mangsa menggunakan batang besi hingga menyebabkan mangsa cedera.






Serangan itu menyebabkan pemilik rumah wanita berusia 40-an cedera di kepala dan menerima 12 jahitan sementara anak lelakinya berusia lima tahun menerima tiga jahitan di kepala.



Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, suspek masuk ke dalam rumah itu melalui siling tandas ketika mangsa sedang tidur di bilik.



Menurutnya, mangsa bagaimanapun tersedar dan terkejut sejurus melihat suspek bertopeng berdiri di sebelah katil.



sumber

http://ift.tt/1xIttAQ





from KeZooM http://ift.tt/1xItuoC

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.