Halloween party ideas 2015

Sihir Duit Kertas 5 Ringgit | Cerita ini benar-benar berlaku yang saya perolehi daripada mangsa sihir yang datang berubat dengan Pak Long Non (salah seorang drp guru saya & salah seorang drp bekas pengamal perubatan di Kedah2U)



Oleh kerana ia tidak mengaibkan mangsa & identiti penyihir dirahsiakan, saya sedia menceritakannya dan harap ia dapat dijadikan panduan kepada tuan/puan terutamanya para peniaga.






Pemilik sebuah premis menjual makanan dan minuman di sebelah Sekolah Sultanah Bahiyah, Alor Star sedang rancak perniagaanya kerana meraih jumlah pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai-kedai yang lain. Boleh dikatakan setiap hari kedai Kak Ani yang diusahakan bersama anaknya, dipenuhi pelanggan dan keutungan harian yang diperolehinya juga agak lumayan. Saya belum pernah merasa masakan Kak Ani , tetapi besar kemungkinannya resepi yang digunakan oleh Kak Ani agak istimewa sehinggakan ramai pelanggan yang berpuas hati setelah menjamu selera di warung mereka.



Namun langit tidak selalu cerah, sejak kebelakangan ini ramai pelanggan yang merungut tentang masakan kedai itu. Macam-macam diperkatakan, masakan mereka berbau, tampak berbuih dan rasanya tidak menyelerakan seperti biasa. Pada mulanya, Kak Ani dan anaknya menyangkakan yang ada orang sengaja ingin menabur fitnah dan sengaja mereka cerita.



Hinggalah pada suatu hari, seorang pelanggan tetap mereka mengadu tentang kuah gulai yang disediakan telah berbuih. Kak Ani dan anaknya kehairanan dan kelihatan agak bingung. Macammana boleh basi pulak ? gulai tu baru saja lepas masak. Dok panas-panas lagi . Berdasarkan logik akal, mustahil masakan yang baru diangkat daripada api dapur boleh menjadi berbuih. Tetapi selepas peristiwa itu, banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku pada premis Kak Ani.



Setelah mendapatkan nasihat daripada orang-orang yang dikenali, Kak Ani dimaklumkan bahawa perniagaannya mungkin telah disihir oleh orang yang busuk hati terhadap kemajuan kedai mereka. Salah seorang daripada mereka menasihatkan Kak Ani supaya berikhtiar dengan berjumpa Pak Long Non. Oleh kerana kebuntuan dan sukar untuk mencari jalan penyelesaian serta ingin mengetahui perkara sebenar yang telah berlaku di premis mereka, Kak Ani pun datang berjumpa dengan Pak Long Non di Pokok Sena.



Setelah Pak Long Non mendengar cerita daripada Kak Ani, beliau pun mula bersolat dan memohon doa untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olek Kak Ani dan anaknya. Setelah hampir suku jam, Pak Long Non keluar dan bertanyakan samada pernah ada seorang pelanggan yang datang ke kedai untuk membeli makanan dengan menghulurkan wang kertas lima ringgit.



Dan apabila hendak dipulangkan baki tersebut, pelanggan itu menolaknya dan terus pergi. Kak Ani mengakui yang memang ada peniaga dari salah sebuah kedai di situ juga yang datang membeli satu bungkus Nasi Ayam dengan tidak mengambil balik baki daripada wang kertas 5 ringgit yang diberinya.



Pak Long Non mengatakan, besar kemungkinannya orang tersebut telah mengenakan sihir dengan wang kertas RM5 tersebut supaya perniagaan mereka menjadi lingkup. dan bankrup. Pak Long Non juga memberitahu bahawa ilmu hitam telah dijampi pada wang RM 5 tersebut dan syaitan yang menjadi penunggu duit tersebut akan terus tinggal di premis Kak Ani untuk membuat khianat pada perniagaan mereka. Orang itu juga akan datang lagi selepas ini dengan melakukan perkara yang sama dan Pak Long Non menasihatkan agar Kak Ani tidak menerima wang kertas RM5 yang akan diberinya nanti.



Pak Long Non menyediakan air penawar untuk kegunaan Kak Ani. Beliau juga menenangkan Kak Ani agar tidak perlu risau tentang masalah ini dan banyakkan berdoa kepada Allah swt.



Setelah beberapa hari, memang benar terjadi seperti yang dijangkakan oleh Pak Long Non. Peniaga yang berjiran beberapa buah kedai daripada gerai Kak Ani, datang lagi untuk membeli Nasi Ayam. Kak Ani terkejut kerana wang kertas RM5 juga digunakan untuk membuat bayaran oleh orang itu dengan tidak mahu mengambil bakinya. Kak Ani menahan sabar dan mengingatkan pesan Pak Long Non supaya tidak mengambil wang RM 5 tersebut.



"Tak payah bayar la, Nasi Ayam ni saya kira sedekah. Ambik la balik duit tu, saya tak mau," ujar Kak Ani menahan kemarahannya. Setelah mendengar sindiran daripada Kak Ani, jiran niaganya terus pucat mukanya, seakan tidak berdarah. Tampak jelas perubahan wajahnya seperi orang yang telah melakukan kesalahan. Orang itu terus berlalu tanpa mengatakan apa-apa.



Kini, dengan kuasa Allah swt, warung makanan Kak Ani kembali laris malah semakin banyak pelanggan yang berkunjung berbanding dahulu. Manakala peniaga yang disyaki mengenakan sihir dengan menggunakan wang kertas lima ringgit itu telah tutup perniagaannya kerana mengalami kerugian setiap hari. Mungkin inilah balasan Allah ke atas orang-orang yang bersifat iri hati dan menggunakan ilmu hitam untuk mencapai sesuatu tujuan dengan mudah.



Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran kepada kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah swt daripada segala kejahatan dan lebih berhati-hati dalam bermuamalat sesama manusia. Seperti peribahasa melayu "Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain". Walaupun seseorang itu sangat manis di hadapan kita, tetapi dalam hatinya hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.



sumber

http://ift.tt/1xVKkh3








from KeZooM http://ift.tt/1xVKmp6

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.