Halloween party ideas 2015

Yazer Bakal Nikahi Ekin 26 Disember Ini | Yazer akhirnya mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.






Menurut Yazer, dia juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu.



"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu.



"Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa,"



Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.



Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.



"Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.






Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.






Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.



"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.



"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.



Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.



sumber

http://ift.tt/1Dia3TU





from KeZooM http://ift.tt/1Dia1Lz

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.