Halloween party ideas 2015

Zul Ariffin Mohon Maaf Gambar Kontroversi Bersama Peminat Di Kelab Malam | Sekeping gambar tersebar memapar Zul Ariffin sedang memeluk seorang wanita di sebuah kelab hiburan baru-baru ini bagai menguatkan lagi persepsi peminat dunia seni mengenai sikap sebenar pelakon kacak ini yang kononnya suka berfoya-foya.






Kesemua anggapan itu sebenarnya bermula dengan hanya sekeping gambar yang dimuat naik seorang wanita yang langsung tidak dikenalinya. Sebagai lelaki dewasa, Zul Ariffin percaya dia perlu bertanggungjawab dengan perbuatan sendiri.



Memohon maaf di atas keterlanjuran diri, jelas Zul sebagai lelaki normal dia juga perlukan hiburan. Walaupun ada yang sudah tersilap sangka dengan keadaan sebenar, lelaki ini dengan jelas memberitahu dia bukan seorang ‘kaki parti’.



“Gambar tersebut adalah ketika saya berada di sebuah kelab hiburan di Pulau Langkawi. Saya ke sana untuk menikmati live band. Memang orang terlalu ramai, macam saya pula yang merasmikan tempat tersebut. Wanita yang berada dalam gambar tersebut bukan satu-satunya yang bergambar dengan saya malam itu.



“Menonton live band memang selalu, malah saya selalu ke KL Live Band. Tetapi saya bukan seorang kaki parti. Bagi saya normal, semua orang juga perlukan hiburan,” katanya.



Boleh bergambar dengan peminat, tetapi cara dakapan Zul itu sedikit menimbulkan rasa sangsi di kalangan peminatnya. Mengakui persoalan itu, Zulkifli Ariffin, 28, tidak menolak dia sedikit melebih-lebih. Memohon maaf atas kekhilafan diri, dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi.



“Wanita itu datang untuk bergambar dan seperti biasa saya bersetuju. Tetapi kena faham peminat macam-macam ragam. Bila ada yang terlalu teruja, kalau boleh saya tidak mahu merosakkan mood tersebut.



“Saya akui memang agak melebih-lebih, dan saya minta maaf itu memang kesilapan saya. Saya berjanji akan lebih berhari-hati pada masa hadapan. Malah selepas ini juga saya sebenarnya lebih selesa saya untuk bergambar dengan tangan di belakang badan sahaja,” katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, selepas dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain.






Sebagai seorang pelakon dia mempunyai persepsi sendiri terhadap kontroversi diri. Walaupun ada yang mengatakan wanita tersebut seperti cuba meletakkan dia dalam keadaan ini, jelas Zul dia percaya itu bukan niat sebenar peminatnya.



“Saya fikir bukan begitu, mungkin niat sebenarnya dia hanya mahu memuat naik gambar itu di laman sosial.



“Tetapi bila sudah jadi begini dia juga tidak sangka. Saya tidak mahu salahkan sesiapa, ini salah saya dan saya minta maaf,” katanya.



Tambah Zul lagi, dia sebenarnya tidak pernah melarikan diri. “Saya tidak pernah melarikan diri, cuma saya lebih senang bertemu begini. Jelaskan secara berhadapan.



“Tetapi sebelum ini saya sudah jelaskan kepada keluarga saya dahulu, terutamanya ibu serta Gayatri (kekasih). Bukan apa saya tidak mahu mereka terkejut nanti. Selagi keluarga serta orang terapat saya sudah tahu, saya tidak kisah lagi dengan kata-kata orang luar,” katanya.






Mengakui populariti yang diraih ini berlaku dalam waktu yang singkat, kata Zul dia sangat menghargai peminat. Bagaimanapun melihat peminat yang mempunyai 1001 ragam dia tahu bukan mudah untuk memuaskan hati semua mereka.



“Saya tidak takut dengan mereka, cuma apa yang saya takut apabila mereka tidak dapat menerima watak yang berbeza dalam drama lain. Yang itu saya takut.



“Tetapi dengan peminat yang semakin meningkat saya tidak takut, saya fikir ini keadaan biasa. Mereka juga faham kedudukan saya,” katanya.



sumber

http://ift.tt/1vVWZl1





from KeZooM http://ift.tt/1vVWWW8

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.