Halloween party ideas 2015

Penjelasan Zizan Razak Mengenai Saman RM500,000 | Beberapa hari lalu, kecoh mengenai jumlah tuntutan saman bernilai lebih setengah juta ringgit oleh bekas syarikat pengurusan, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd Marina Juki terhadap Zizan Razak.






Marina Juki yang juga pengarah syarikat terbabit menjelaskan tuntutan itu difailkan sejak minggu lalu apabila Zizan dikatakan telah melanggar kontrak sejak Mei lalu sehingga mengakibatkan kerugian pada sumber pendapatan dan komisen syarikat itu.



Mengikut Marina, kontrak yang dimeterai syarikat dengan Zizan hanya akan berakhir 2 Mei 2015. Isu ini sebenarnya sudah berbangkit sejak Jun lalu.



"Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.



"Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian penuh," katanya.






Tambah Zizan lagi, memandangkan hal itu berkait rapat dengan undang-undang, beliau tidak mahu sewenang-wenang dengan berani menyuarakan pandangan itu dan ini.



"Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak," katanya.



Untuk info, Zizan Razak telah memberikan komen diatas kepada BH Online menerusi khidmat aplikasi WhatsApp.



sumber

http://ift.tt/1sMpw7T





from KeZooM http://ift.tt/1xo1Zkb

via Kezoom

malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.