Halloween party ideas 2015

9 Nov 2014


Beberapa aktivis mahasiswa, termasuk Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol menjalani ujian air kencing selepas diambil polis di Kota Kinabalu hari ini.



Sepuluh orang aktivis diambil polis selepas berucap di Jalan Gaya walaupun kenyataan mereka dijadual dirakam pihak berkuasa hari ini, kata pengerusi kumpulam Pro-Mahasiswa Kebangsaan Abdul Muqit Muhammad.



Bercakap kepada Malaysiakini selepas selepas tiga orang selesai menjalani proses soal siasat, Muqit berkata, polis mahu menjalankan ujian air kencing kepada tujuh lagi.



Muqit (kiri) antara tiga mahasiswa yang selesai awal proses merakamkan kenyataannya.



Mereka sepatutnya memberikan ucapan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada jam 8 malam ini.



“Saya tidak faham. Jika mereka menjalankan ujian air kencing terhadap Fahmi dan lain-lain, saya tidak tahu kerana mereka lepaskan kami dan jalankannya pada mereka,” katanya.



Muqit mendakwa, proses itu mungkin dirancang untuk menghalang mahasiswa daripada menjalankan acara di UMS malam ini.



Fahmi sebelum itu menulis di Facebook, selepas memberikan ucapan di Jalan Gaya, polis membawa mereka untuk 'melawat' balai polis Kota Kinabalu.



Beliau sebelum itu menulis di laman sosial itu, aktivis mahasiswa akan bercakap di pasar Jalan Gaya sebelum hadir ke perhimpunan di UMS.



Fahmi sebelum ini mencuri perhatian selepas menganjurkan perhimpunan besar menjelang prosiding rayuan sabitan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di UM.



Beliau, dalam perhimpunan itu dinobatkan oleh Anwar sebagai “pemuda harapan bangsa”.

Malaysiakini





from indah.com http://ift.tt/1pE0BHN

Dapatkan informasi informasi terbaru dan terhangat dengan cara klik join this blog, atau follow dengan email subscribe, dukungan andalah yang membuat blog ini akan terus berkreasi dan tetap ada di jajaran google search, jangan lupa untuk memberikan kometar dan jadikan ilmu yang anda baca ini berguna tidak bagi anda seorang, tetapi lebih baik lagi jika anda menyebarkannya dan membuat orang lain tahu apa yang anda ketahui hari ini, selamat beraktifitas.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.