Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



Setelah menghilangkan diri dari kamera wartawan dan juga liputan berita di negara kita selama hampir dua minggu dan dikesan di sebuah shopping complex di Bangkok, Thailand setelah Jet VVIP milik negara mendarat di sana.. Rosmah tiba-tiba bersuara kembali..



Beliau berkongsi deritanya bersama sekumpulan peserta yang menyertai program Kem Perkasa Siri 3/2013 hingga siri 8/2014.



Menurutnya beliau tidak boleh tidur hingga ke jam 2.00 pagi...







Tidak boleh tidur bukan kerana bimbang akan kesihatan Najib yang terjejas setelah menjadi pilihan kuman E-Coli dari lebih 120,000 mangsa banjir..



Atau tidak boleh tidur kerana terlalu sedih mengenangkan bagaimana mangsa-mangsa banjir mahu melelapkan mata memikirkan masa hadapan mereka setelah harta benda mereka hanyut dibawa air banjir..



Tapi... sebab Mat Rempit bising....



Laporan berkaitan...




Saya tak boleh tidur sampai 2 pagi – Rosmah



BANGI : “Saya dan Datuk (Seri) Najib (Tun Abdul Razak) tak boleh tidur sebab dengar bunyi motorsikal pukul 2 pagi,” cerita Datin Seri Rosmah Mansor mengenai gangguan yang dialami akibat perbuatan lumba haram.



Beliau berkata: “Rumah saya di Kuala Lumpur (Jalan Duta) bila tengah malam dengar motorsikal bukan main laju dan kuat..lama pulak tu, mestilah ramai dia orang (mereka) racing (berlumba) di tengah jalan.”



Bagaimanapun isteri Perdana Menteri menjelaskan, masyarakat tidak boleh menyerah kalah terhadap masalah gejala sosial di kalangan anak muda, ”Mereka mampu bertukar menjadi insan yang baik.”



Katanya, mereka menjadi mat rempit, mengambil dadah, menjadi gangster dan menjadi pengacau seolah-olah hidup tanpa pedoman dan tersasar jauh dari jalan sebenar.



Beliau berkata demikian pada majlis perasmian penutup program Kem Perkasa Siri 3/2013 hingga siri 8/2014.



Rosmah yang juga Penaung Permata Negara menambah, golongan belia mempunyai banyak potensi yang boleh dipupuk bagi membantu mereka menjadi seorang individu dewasa berdasarkan nilai dan tingkah laku positif.



“Potensi positif yang ada pada golongan belia jika dipupuk dengan baik akan dapat berkembang secara sihat dan dengan sendirinya menjadi benteng penghalang kepada pengaruh-pengaruh negatif,” katanya lapor Free Malaysia Today



Ni semua taktik nak alih isu dan meraih simpatilah ni...











from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Il9vNs

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.