Penduduk Gempar Jumpa Pocong Di Simpang Tiga | Para penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi gempar seketika dengan kemunculan pocong yang sedang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga, awal pagi tadi.
Pocong yang berukuran kira-kira 1.5 meter yang dibentuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.
Kemunculan pocong itu menyingkap kembali penemuan lima objek menyerupai pocong di tebing Sungai Johor di sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini lima tahun lalu.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ramlan berkata, dia pada mulanya mendapat panggilan telefon kira-kira 9.30 pagi tadi daripada seorang rakan yang mengatakan terdapat pocong berhampiran kedainya.
"Saya terperanjat selain kesal kerana perkara seumpama ini tidak pernah berlaku sejak saya menjalankan perniagaan di sini lebih tiga tahun lalu. Saya menganggap ia dilakukan budak-budak nakal untuk menakut-nakutkan orang," katanya yang telah membuat laporan polis.
Orang ramai turut berkerumun untuk melihat dan merakam gambar lembaga itu yang dipakaikan telekung wanita yang telah digunting-gunting dan dipalit dengan tanah.
Penyelia Tanah Perkuburan Daerah Kota Tinggi, Jamaludin Sapuan berkata lembaga itu yang diikat lima bahagian dan mempunyai kerongsang di bahagian kepala, didapati disumbat dengan kapas di dalamnya agar berbentuk seperti mayat yang dikafan.
"Kita tidak tahu apa tujuan pocong ini dibuat tetapi yang pasti ia adalah perbuatan tidak baik dari segi syarak serta bersifat khurafat," katanya yang telah membakar pocong itu di Tanah Perkuburan Islam Makam Bendahara, Kampung Makam. - BERNAMA
sumber
http://ift.tt/18QnLTE
from KeZooM http://ift.tt/1FXZ1px
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself