2 Beranak Tampar, Ludah Polis Naik Mahkamah | Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown selepas dituduh menampar dan meludah seorang anggota polis yang sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Patani Rabu lalu.
Tertuduh, Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, dan bapanya, Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan jenayah kekerasan dengan menampar dan meludah Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh ketika dia sedang menjalankan sekatan jalan raya di Jalan Patani pada pukul 9.50 malam 15 April lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Muhamad Asri Abdul Hamid.
sumber
http://ift.tt/1IXFsjE

from KeZooM http://ift.tt/1IXGfRR
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself