Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas



"Memang ada segelintir pegawai kerajaan yang mengharapkan imbuhan dari program-program yang ditawarkan kepada buskers di samping ingin mendapat nama dan 'tunjuk buat kerja' tanpa ada keikhlasan dalam berperanan sebagai seorang kakitangan yang komited."



Pendedahan itu dibuat Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan yang dilihat kemuncak kepada rasa tidak puas hati kerana pemuzik jalanan atau buskers yang kerap diperdaya oleh sesetengah agensi kerajaan yang meminta mereka membuat persembahan namun tidak menerima habuan setimpal.



Kata Wady, apabila perkara sedemikian terjadi, imej dan kredibiliti mereka akan tercemar sekali gus melunturkan semangat untuk memberi kerjasama dan memastikan sokongan berjalan lancar.



"Saya berharap agar sikap pegawai seperti ini dapat dipantau secara serius dan diambil tindakan agar tidak menjejaskan pembentukan agenda yang baik untuk negara.



"Kita akan terus lebih berani dalam menyampaikan suara sesuatu komuniti. Kerajaan juga perlu terus memastikan semua agensi di bawah faham tanggungjawab mereka," katanya.



Wady mengulas masalah yang melanda beberapa buskers di bawah naungan MYBC yang dikatakan ditindas beberapa agensi kerajaan dalam isu bayaran persembahan.



Sebelum ini, Wady dilaporkan berkata, buskers bukan peminta sedekah dan mahu masyarakat melihat mereka sebagai seniman jalanan selain tidak terpalit dengan persepsi sebagai penagih dadah.



Wady turut memberi amaran tidak lagi mampu bertolenrasi sekiranya segala gerak kerja bersama mana-mana jabatan atau agensi kerajaan, menimbulkan masalah atas sikap negatif kerana tidak memperoleh imbuhan atau kepentingan.



"Kita tidak akan teragak-agak untuk memohon kerjasama polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu sekiranya ada salah laku yang mencurigakan.



"Kita sudah terlalu penat dengan sikap seperti ini dan seringkali merasa dianiaya pihak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.



Wady turut mencadangkan kerajaan membentuk satu format maklum balas kerjasama agar pihak yang bekerjasama dapat membuat penilaian.



"Ia merangkumi prestasi dan kerjasama yang diberikan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam sesuatu program atau projek.



"Saya lihat perlu diajukan laporan kepada satu badan khas yang dibentuk bagi menilai prestasi pegawai dan kakitangan kerajaan.



"Cara ini mampu melahirkan sikap yang lebih profesional dan komited dikalangan jentera kerajaan agar lebih efisyen," jelasnya.



Katanya lagi, beberapa buskers di bawah naungannya pernah melalui saat getir seperti tidak menerima bayaran program di bawah pihak kerajaan.



"Ada buskers tidak menerima bayaran dalam tempoh yang lama dan pernah dimanipulasi oleh segelintir pegawai kerajaan. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi termasuk kerenah dari pelbagai sudut. Tidak semuanya adalah kejayaan mudah.



"Saya tidak dapat menerima sikap segelintir pegawai kerajaan yang tidak mampu bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah dalam memastikan perjalanan sesuatu agenda itu dalam keadaan telus dan bersih walaupun tahu mereka juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.



"Apabila kesilapan dikenal pasti, mereka tidak membantu dalam menyelesaikan permasalahan. Maka, pihak kedua seperti buskers akan dibebani segala kesulitan dan diletakkan sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab," katanya.



Jelasnya, MYBC kini berperanan untuk menaik taraf aktiviti busking tempatan ke arah lebih standard dan menuju sebagai satu 'Kuasa Jalanan' yang berupaya membentuk industri mampu maju negara.



"Selama hampir tiga tahun, MYBC berjaya menyatukan hampir 9,000 ahli di seluruh negara untuk berada di bawah satu bumbung dan pertumbuhan komuniti buskers di setiap negeri semakin bertambah.



"Ia dilihat kerana keyakinan terhadap penerimaan masyarakat dan juga mampu memperoleh pendapatan lumayan," ujarnya.



Silalah sambung bacaan anda di SINI









from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1yuEV5e

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.