Halloween party ideas 2015

Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas, Beri Susu Soya Kepada Anak Di Zaman Susah  | Melihat kepada kehidupan pasangan ini sekarang, pastinya tidak ramai yang menyangka mereka juga seperti orang lain pernah melalui zaman kesusahan sebelum berjaya seperti sekarang. Dalam satu temubual terbaru, pasangan Johan & Ozlyn mendedahkan pengalaman dan liku-liku kehidupan mereka.

Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas, Beri Susu Soya Kepada Anak Di Zaman Susah

Ozlyn mengakui berbangga Johan yang beliau anggap sebagai anugerah terbaik Tuhan kepada kehidupannya kerana lelaki itu seorang yang baik dan sering mendahulukan keluarga dalam apa jua pun.

“Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu”

“Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit,” cerita Ozlyn.

Beliau turut menambah dek kerana mereka ketiadaan wang, mereka pernah memberikan susu soya kepada anak mereka yang ketika itu berumur 3 tahun kerana tidak mampu untuk membeli susu bayi. Dan, itu saat paling menyedihkan buat mereka.

“Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai,” tambah Ozlyn lagi.

Dikurniakan dengan anak -anak yang sihat dan comel, tentu sekali Ozlyn seperti ibu-ibu lain yang mahu berkongsi wajah mereka dengan umum, tetapi dia perlu mendahulukan dan patuh akan kehendak suami.

“Sebab itu dalam laman sosial juga saya tetap berhati-hati untuk lepaskan gambar anak-anak, hanya sipi-sipi sahaja. Itu pun selepas Johan tengok dan benarkan. Saya perlu akur, walaupun jika diikutkan kehendak diri, saya tak kisah berkongsi wajah anak-anak dengan orang lain,” katanya.

Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas, Beri Susu Soya Kepada Anak Di Zaman Susah

Sama seperti wanita lain, nafsunya terhadap barangan seperti beg dan pakaian juga tidak banyak bezanya. Namun melihatkan kemampuan Johan, ada yang menggelarkan Ozlyn kini terlalu dimanjakan dengan kemewahan.

Menolak apa yang berlaku sebagai dimewahkan, Ozlyn lebih melihat dari sudut penghargaan seorang suami terhadap seorang isteri.

“Kalau tanya Johan dia akan beritahu yang saya layak dapat itu semua kerana tugas sebagai pengurus kepada dirinya. Maknanya, itu adalah sebahagian gaji saya, mungkin ada benarnya juga.

“Bagi saya pula, apa salahnya untuk saya mendapatkan sesuatu melalui duit suami sendiri? Suami yang beri keizinan dan dalam masa yang sama, dia tidak melupakan tanggungjawab yang lain, saya rasa tidak ada salahnya,” katanya.

Merupakan seorang pelakon, tidak dapat dia menipu diri untuk memberitahu bahawa masih menebal perasaan untuk berada di depan kamera.

Namun, mengetahui tanggungjawab yang digalas dirinya ketika ini, Ozlyn melihat tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri adalah yang paling utama.

“Saya masih berlakon, tetapi memang terpaksa memilih memandangkan saya sangat menitikberatkan skrip yang diterima.

Selain itu tugas sebagai seorang isteri dan ibu juga harus diberi keutamaan dahulu memandangkan saya mahu memastikan keluarga sentiasa menjadi keutamaan buat diri saya,” kata finalis kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Tribute P. Ramlee baru-baru ini.

sumber
http://ift.tt/1QHa6A1
http://ift.tt/1HRcGzp


from KeZooM http://ift.tt/1J8SPdV
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.