Halloween party ideas 2015

Lelaki Bakar Kereta Rakan Sekampung | Akibat gagal kawal kemarahan, seorang lelaki bertindak di luar kewarasan apabila membakar kereta Proton Perdana milik kawan sekampungnya dalam satu kejadian di Felda Sungai Nerek, kelmarin.

Lelaki Bakar Kereta Rakan Sekampung

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga mencetuskan pertikaman lidah dan tuduh-menuduh melibatkan hal peribadi di hadapan rumah pemilik kenderaan terbabit.

Enggan memanjangkan pertengkaran, pemilik kenderaan tersebut beralih masuk ke dalam rumah tanpa mengetahui tindakannya itu telah membuatkan suspek tidak puas hati dan berang sehingga sanggup membakar keretanya menggunakan pemetik api.

Selepas melakukan perbuatan salah tersebut, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, tindakan suspek berusia lingkungan 20-an itu telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian dalam kereta milik mangsa.

"Mujur jiran berdekatan bertindak segera bantu memadamkan kebakaran tersebut sebelum merebak dan tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan berlaku," katanya sekali gus memberitahu suspek turut dipercayai mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek setelah melarikan diri sebaik membakar kereta mangsa juga sedang giat dilakukan.

sumber
http://ift.tt/1GGKkJz


from KeZooM http://ift.tt/1PXImpB
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.