Halloween party ideas 2015

Peminat Kecam Nina Iskandar Buka Tudung | Lebih kurang setahun lalu, ketika kerajaan Brunei mula melaksanakan hukuman Hudud sepenuhnya salah seorang pelakon, Nina Iskandar telah berhijrah mengenakan tudung dan menafikan penghijrahan itu semata mata kerana perlaksanaan Hudud.

Peminat Kecam Nina Iskandar Buka Tudung

Namun begitu, baru baru ini Nina Iskandar telah memuat naik sekeping gambar dirinya tidak mengenakan tudung di akaun Instagram beliau dan tindakan ini telah mengundang kritikan ramai yang terus menganggap penghijrahan sebelum ini memang tidak ikhlas dan bukan datang dari hati.

“Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima ramai atau tidak, itu bukan langsung masalah anda,” tulisnya menemani gambar tesebut.

Tulisan beliau itu seakan akan memberikan gambaran yang beliau sudah tidak takut dengan persepsi ramai tentang penampilan beliau sama ada berhijab atau tidak kerana lebih mahu menjadi diri sendiri daripada memuaskan hati ramai pihak lain.

Peminat Kecam Nina Iskandar Buka Tudung

Sebelum ini pun Nina Iskandar pernah terpalit kontroversi apabila hanya mengenakan topi dalam satu sesi fotografi dan turut mengundang kritikan dari peminat hiburan.

“Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.
Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri”

“Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa pun mereka nak kata,” ulas Nina Iskandar kepada mStar Online sebelum ini.

sumber
http://ift.tt/1HRjxud


from KeZooM http://ift.tt/1JO0NZS
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.