Halloween party ideas 2015

Wanita Buka Coli Ditahan Polis : Video ‘viral’ wanita yang bertengkar dengan seorang peniaga makanan sehingga dia menanggalkan colinya kini memasuki episod baru apabila dia ditahan polis, pagi tadi.

Wanita Buka Coli Ditahan Polis

Wanita berusia 32 tahun yang dipercayai individu dalam video itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Sultan, sekitar jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, wanita itu adalah warga Malaysia dan ketika ditahan di tingkat satu hotel berkenaan, dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Katanya, kejadian berkenaan berlaku pada 4.30 petang Khamis lalu di Jalan Petaling.

"Bertindak hasil maklumat yang diterima, kita ke hotel itu sebelum wanita terbabit ditahan untuk pemeriksaan.

“Anggota polis wanita turut melakukan pemeriksaan di tubuhnya dan tidak menemui apa-apa barangan salah," katanya dalam satu kenyataan media, tengah hari tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan dan ujian air kencing akan dijalankan terhadapnya.

“Kita akan menyiasat latar belakangnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak sopan.

“Dia dijangka didakwa di mahkamah Isnin ini,” katanya

Video berdurasi 53 minit itu memaparkan aksi seorang wanita bertindak nekad membuka pakaiannya, termasuk coli hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga makanan yang dipercayai menuduhnya tidak membayar wang makanan bertumbuk.

Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial dan menjadi ‘viral’.

sumber
http://ift.tt/1OR3Z8N?


from KeZooM http://ift.tt/1GtiWhY
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.