Halloween party ideas 2015

Hukuman Penjara Ke Atas Salman Khan Di Tangguh | Mahkamah Tinggi Mumbai menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun ke atas pelakon filem Bollywood Salman Khan yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu lalu berkaitan kes langgar lari pada 2002 sementara menunggu rayuannya.

Hukuman Penjara Ke Atas Salman Khan Di Tangguh

Hakim Abhay Thipsay memutuskan bahawa merit rayuan akan didengar pada Julai selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembela mengenai ikat jamin interim bagi Salman yang berakhir pada Jumaat.

Abhay memerintahkan Salman yang tidak hadir di mahkamah hari ini, supaya menyerah diri di mahkamah dan mengemukakan ikat jamin 30,000 rupees (kira-kira RM1,800).

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pembela untuk membenarkan Salman membuat perjalanan ke luar negara.

Salman telah dikenakan ikat jamin sejak 2002 dan ikat jamin sementara selama dua hari pula berakhir pada Jumaat.

Media tempatan melaporkan bahawa ekoran keputusan itu, kes tersebut dijangka berlarutan selama beberapa tahun lagi sebelum rayuan selesai didengar.

Sejurus selepas keputusan mahkamah diketahui, sorakan kuat kedengaran berhampiran apartmen mewah pelakon itu oleh beribu-ribu peminat tegar pelakon itu yang berkumpul di situ sejak Rabu malam.

Pada Rabu, Mahkamah Sesyen memutuskan pelakon berusia 49 tahun itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Salman dan denda 25,000 rupee (kira-kira RM1,500).

Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 Sept 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.

Ini bukan kali pertama Salman menghadapi tindakan undang-undang. Pada 1988, Salman disabitkan kesalahan atas tuduhan memburu dan membunuh rusa dekat Jodhpur, Rajasthan semasa penggambaran filem Hum Saath Saath Hain.

Pelakon itu dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu lagi kes memiliki senjata api masih menunggu untuk didengar.

Dalam perkembangan berkaitan, The Times of India melaporkan mengenai penghakiman 240 muka surat oleh Hakim Mahkamah Sesyen D. W. Deshpande bahawa mahkamah tidak mempercayai pembelaan pelakon itu bahawa beliau tidak memandu kenderaan Toyota Land cruiser berkenaan.

Hakim berpendapat bahawa jika tertuduh tidak melakukan perbuatan itu, maka dia boleh meyakinkan orang ramai bahawa tindakan perlu diambil terhadap pemandu terbabit.

"Salman Khan tidak menunggu polis tiba di tempat kejadian tetapi pulang ke rumah dan menyembunyikan dirinya hingga jam 10.30 pagi," tegas Deshpande.

Bulan lepas, pemandu Salman memberi keterangan di mahkamah dengan mendakwa bahawa tayar kenderaan cruiser itu tiba-tiba pecah lalu menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, mahkamah menolak keterangannya dan mendapati bahawa Salman  adalah pemandu kenderaan itu dan dia mabuk ketika kemalangan itu berlaku.

sumber
http://ift.tt/1dTWBhE


from KeZooM http://ift.tt/1KuuijR
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.