Halloween party ideas 2015

Izzue Islam Nafi Berlagak Alim | Izzue Islam menafikan dia tidak pernah berniat untuk berlagak alim apabila memutuskan untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan mahram terutamanya ketika berlakon.

Izzue Islam Nafi Berlagak Alim

Kata Izzue lagi, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia merupakan hak individu yang tidak patut dipertikaikan.

"Saya tidak faham apabila ada orang ingin mempersoalkan perkara seperti itu kerana saya lakukan demi kebaikkan bersama.

"Saya bukan hendak berlagak alim atau menunjuk bagus tetapi ia hak peribadi saya dan berharap orang ramai dapat menghormati keputusan saya," katanya.

Izzue mengulas mengenai isu dia meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana wanita yang bukan mahram bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami.

Dalam pada itu, Izzue mengakui, dia kini turut meletakkan syarat sama terhadap sebarang tawaran berlakon supaya ia tidak bertentangan dengan keputusan yang diambil.

Jelas Izzue, dia akan terlebih dahulu berbincang dengan pengarah berhubung watak diberikan supaya tidak timbul salah faham di kemudian hari.

"Saya tidak memilih watak tetapi meletakkan syarat terhadap sesuatu watak yang ditawarkan kerana ia adalah untuk kebaikan serta menjaga adab lelaki dan perempuan.

"Sebelum menerima sebarang tawaran saya akan berbincang dahulu bersama pengarah supaya tidak melakukan adegan berpegangan tangan atau 'body contact' sebaliknya ia ditukar dengan cara lain," jelasnya.

Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu watak.

Menurut Izzue, keputusan itu diambil bagi menjaga hati isterinya dan keluarga selain ingin menjaga statusnya sebagai seorang suami dan tuntutan sebagai seorang Islam.

sumber
http://ift.tt/1cU3FTPhiburan/berita-hiburan/2015/05/11/izzue-islam-bersentuhan/


from KeZooM http://ift.tt/1EuWJJY
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.