Halloween party ideas 2015

Kerana Tengok Che Ta, Pemandu Kereta Kemalangan | Bukan main hebat lagi Che Ta. Gara-gara terleka melihat dia berposing, sampai ada yang kemalangan. Itulah cerita yang disampaikan kepada Cik Pang dan kejadian berlaku sewaktu dia menjayakan satu sesi fotografi di Kota London, baru-baru ini.

Kerana Tengok Che Ta, Pemandu Kereta Kemalangan

Menurut cerita sumber, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch, London.

Untuk memuaskan hati dan mahu mendapatkan hasil terbaik, Che Ta dengan gigihnya memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci.

Sebaik dia bergaya di atas tembok, tentu ia menarik perhatian umum yang lalu lalang, termasuk yang memandu di jalan utama itu.

Kerana Tengok Che Ta, Pemandu Kereta Kemalangan

Ketika sibuk bekerja dan bergaya di atas tembok, tiba-tiba kru dan Che Ta terkejut apabila mendengar dentuman kuat. Rupa-rupanya ada kereta berlanggar.

Mereka terdengar pemandu itu mengatakan tidak sedar ada kenderaan di depannya kerana matanya melihat aksi Che Ta bergambar di atas tembok.

Kerana Tengok Che Ta, Pemandu Kereta Kemalangan

Macam mana tak berlanggar kalau yang beraksi itu perempuan cantik seperti Che Ta. Kalau nak ikutkan, dekat tengah-tengah kota London tu ramai saja orang bergambar di ceruk mana pun.

Namun aura cantik Che Ta lain macam, menyebabkan mata tak boleh lepas memandang. Awas, jangan sampai leka ya, terutama apabila memandu.

sumber
http://ift.tt/1JYBN5L


from KeZooM http://ift.tt/1EtaIjp
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.