Halloween party ideas 2015

Lelaki Mengamuk Guna Pistol Lepas Langgar Kereta Pelanggan Gerai Makan : Kira-kira 20 pelanggan sebuah gerai makan lari lintang- pukang selepas seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dalam kawasan Pusat Tarbiah PAS di Rantau Panjang, tengah malam kelmarin.

Lelaki Mengamuk Guna Pistol Lepas Langgar Kereta Pelanggan Gerai Makan

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, suspek dikatakan berbuat demikian selepas berang dengan seorang pemilik kedai makan yang memarahinya kerana melanggar kereta milik seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, sebelum itu, suspek yang memandu kereta Subaru masuk ke dalam kawasan berkenaan sebelum terlanggar sebuah kereta Proton Saga seorang pelanggan.

“Akibatnya, seorang peniaga lelaki di gerai makan berusia 49 tahun menjerit sebelum membaling batu sehingga menyebabkan cermin kereta suspek pecah. Suspek yang berang lalu melepaskan beberapa das tembakan ke udara.

“Pada masa sama kira-kira 20 pelanggan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.

“Selepas itu suspek mencuri tiga telefon bimbit yang ditinggalkan pelanggan di kedai makan itu sebelum melarikan diri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun itu, bagaimanapun berjaya ditahan enam jam kemudian di rumah keluarganya Pasir Mas, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Katanya, polis turut menemui kelongsong peluru jenis ‘ball bearing’ dengan menggunakan pistol tiruan dari negara jiran di lokasi kejadian.

“Kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk motif sebenar kejadian itu dan suspek ketika itu dipengaruhi dadah jenis methampetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber
http://ift.tt/1HkK7fh


from KeZooM http://ift.tt/1HkKWVs
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.