Halloween party ideas 2015

Penjenayah Berbahaya Mati Di Tembak | Seorang lelaki yang dianggap polis penjenayah berbahaya kerana memiliki pelbagai rekod jenayah mati selepas berbalas tembak dengan pasukan keselamatan di Lorong Kubur, Butterworth pagi tadi.
   
Penjenayah Berbahaya Mati Di Tembak

Lelaki yang digelar 'Money' atau nama sebenarnya K.Jevanantha, 49 mempunyai 53 rekod jenayah termasuk kes bunuh, samun dan curi kereta dan dikehendaki polis di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim.
   
Beliau berkata lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang menjalankan Ops Cantas Khas/Ops Kargo pada pukul 5 pagi tadi.
   
"Polis mengarahkan lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 itu berhenti. Dia berhenti kira-kira tiga meter daripada kereta polis dan sebaik turun daripada motosikalnya lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis.
   
Lelaki yang berasal dari kawasan Pantai Bersih, dekat sini itu melepaskan empat das tembakan, satu daripadanya mengenai bahagian kanan kereta polis manakala tiga lagi tersasar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  
   
Beliau berkata tindakan lelaki terbabit menyebabkan polis terpaksa membalas  tembakan dan dua das tembakan polis itu mengenai dada dan kepala lelaki terbabit.
   
Abdul Rahman berkata polis merampas sepucuk pistol semi auto Browning dan empat butir peluru bersama lelaki terbabit.
   
Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati motosikal yang ditunggang  lelaki berkenaan adalah kenderan curi yang dilapor hilang Februari lepas di Tasek Gelugor, dekat sini.
   
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada IPD SPU atas kejayaan menembak mati penjenayah berbahaya itu.

sumber
http://ift.tt/1cTdkBw


from KeZooM http://ift.tt/1e1qTPu
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.