Halloween party ideas 2015

Tak Sempat Ke Sekolah, 2 Pelajar Maut Motor Di Rempuh Hilux | Dua pelajar sekolah menengah terbunuh manakala seorang cedera parah dan dua lagi cedera ringan selepas motosikal dinaiki dalam perjalanan ke sekolah dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Setiu, pagi tadi.

Tak Sempat Ke Sekolah, 2 Pelajar Maut Motor Di Rempuh Hilux

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pelajar Tingkatan Enam, Fakhiradalili Che Mohamad, 18, dan sepupunya yang juga pelajar Tingkatan Tiga, Raja Nurul Nordayana Raja Ahmad, 15.

Mangsa yang cedera parah ialah pelajar Tingkatan Empat, Muhammad Firdaus Ibrahim, 16, manakala dua lagi pelajar yang cedera ringan belum dikenal pasti.

Tak Sempat Ke Sekolah, 2 Pelajar Maut Motor Di Rempuh Hilux

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, motosikal mangsa dirempuh kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang dalam perjalanan dari Besut ke Kuala Terengganu, kira-kira jam 7.30 pagi.

Tak Sempat Ke Sekolah, 2 Pelajar Maut Motor Di Rempuh Hilux

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan dipandunya tidak mempunyai cukai jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Setiu untuk bedah siasat dan Muhammad Firdaus masih dirawat, manakala dua lagi yang cedera ringan di rawat sebagai pesakit luar," katanya.

sumber
http://ift.tt/1cF6dMN


from KeZooM http://ift.tt/1zRaoPB
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.