Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pantas sekali Hassan Malek yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah menepis dan membuat kesimpulan tentang bapa tunggal yang juga OKU yang laporang mengenainya tersiar di beberapa media hari ini.

Rosli Hamid, 47, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) menempuh perjalanan sejauh hampir satu kilometer dari rumah sambil membawa ketiga-tiga anaknya, Najma Izzati, 9, Najwa Awatif, 6, dan Najwa Shazrin, 5, yang diletakkan atas kerusi roda, selepas kedua-dua kakinya lumpuh akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.

“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.

“Tiga anak perempuan akan dibawa menaiki kerusi roda dengan dua daripadanya duduk di atas riba, manakala seorang lagi berpaut pada besi belakang.



Begitulah ketabahan seorang ayah tunggal yang sanggup mengenepikan kecacatan dialami demi menghantar dan mengambil tiga anak perempuan di sekolah setiap hari dengan menggunakan kerusi roda elektrik bagi memastikan insan tersayang itu selamat pergi dan balik.

Walaupun individu ini dilaporkan berasal dari Kuala Pilah, sepatutnya Hassan Malek tak perlu menjawab dan membuat andaian ikut suka dia saja.. serahkan kepada ADUN..

Kata Hassan Malek.. "Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Takkanlah dalam Parlimen Kuala Pilah tu tak ada ADUN kot??.. biarlah ADUN yang buat kerja tu Hassan Malek..

Jangan mudah membuat kesimpulan...

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Cqec6w

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.