Halloween party ideas 2015

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baru dalam sektor awam dalam masa terdekat. 
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baru menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.
 
"Penjawat awam di negara ini tidak seperti negara-negara lain yang mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.
 
"Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai. Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup kakitangan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di sini, semalam. 
 
Azih berkata, jumlah penjawat awam di negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.
 
Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baru bagi semua kementerian, jabatan dan agensi berkuat kuasa 22 April lepas.
 
Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam sebelum ini dilaporkan berkata, jawatan kritikal dalam kerajaan masih terbuka kepada pengambilan baru.
 
Dalam pada itu, Azih turut mengulangi gesaan supaya kerajaan mempercepat penambahbaikan terhadap 252 skim perkhidmatan awam seperti yang diluluskan dalam Bajet 2015.
 
Kerajaan katanya diharap segera mempertimbangkan skim itu bagi memastikan ia tidak melewati Bajet 2016 yang dijangka dibentangkan pada Oktober tahun ini.
 
"Kalau dimasukkan perbentangan bajet akan datang, bermakna ia untuk tahun 2016, sedangkan kami nakkan pelaksanaan penambahbaikan kepada 252 skim ini dikuat kuasa mulai Januari 2015.
 
"Kami bimbang kerana ramai penjawat awam yang mungkin bersara tanpa merasai perubahan dalam skim perkhidmatan mereka," katanya.
 
Beliau berkata, antara kandungan 252 skim tersebut adalah berkaitan kemajuan kerjaya dan pembangunan dalam skim perkhidmatan yang antara lain menetapkan bahawa tidak ada lagi gaji di bawah paras kemiskinan. - Bernama  


from Lagi Berita http://ift.tt/1fHWoyS
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.