Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlalu sibuk untuk melawat Sabah yang dilanda gempa bumi.

“Dia tentu sangat sibuk, perdana menteri ada banyak acara hendak kena hadir,” Mahathir dipetik sebagai berkata.

Dalam lawatannya ke Kota Kinabalu semalam, Mahathir diminta mengulas tentang kegagalan Najib hadir ke Sabah selepas bencana alam menimpa negeri itu pada Jumaat.

Najib pada Sabtu melawat Arab Saudi dan mengerjakan umrah bersama isterinya Rosmah Mansor.

Mereka dijadual pulang ke tanah air pada hari ini. Sin Chew Daily juga melaporkan Mahathir ditanya sama ada beliau betremu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga berada di Sabah semalam.

Mahathir menjawab beliau tidak tahu perkara itu dan tiada rancangan bertemu pemimpin nombor dua itu. Gempa bumi itu dilapor mengorbankan 18 nyawa.

Sebelum ini Najib mendapat kritikan hampir sama apabila berada di Hawaii, Amerika Syarikat ketika banjir besar melanda pantai timur.

Kemarahan lebih meluak-luak apabila akhbar antarabangsa mendedahkan beliau terlibat bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1B0sJKE

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.