Halloween party ideas 2015

"Saya Maafkan Orang Yang Hina Saya" - Nabila Huda | Nabila Huda mengambil pendekatan untuk tidak mengambil serius dengan komen-komen berunsur negatif yang dilemparkan segelintir pengikutnya di Instagram.


"Saya Maafkan Orang Yang Hina Saya" - Nabila Huda

Kata Nabila, dia lebih senang memaafkan mereka agar dirinya tidak tertekan dengan isu-isu remeh yang dibangkitkan di laman sosial berkenaan.

"Tidak apalah, saya maafkan orang yang memburukkan atau menghina saya. Saya tahu bahawa diri ini juga tidak sempurna.

"Bukannya tidak kisah dengan komen-komen yang diberi, saya kisah. Dan kerana itu saya maafkan mereka dan menerima dengan hati yang terbuka atas keprihatinan mereka.

"Yang berhak menilai saya ialah Allah. Bukan saya nak cakap yang saya ini kuat agama. Tidak! Iman pun tak sempurna. Cuma hanya Dia yang menilai kita," katanya.

Nabila diminta mengulas mengenai komen-komen pengikutnya yang bergaduh sesama sendiri gara-gara foto dia bersama dua orang lelaki di akaun Instagram miliknya itu.

Salah seorang daripada lelaki tersebut adalah pelakon dan pengacara Switzerland, Max Loong. Foto tersebut diambil ketika mereka menghadiri majlis pembukaan resort Hidden Hills Villas di Ulawatu Bali, Indonesia pada minggu lalu.

Pergaduhan sesama pengikut aktres itu tercetus gara-gara dua lelaki berkenaan  memegang segelas air yang dipercayai minuman keras dan Nabila dilihat tidak manis bergambar bersama mereka.

Sementara itu, Nabila berkata, walaupun dia pernah berkata tidak mahu lagi memuat naik foto yang tiada kaitan dengan kerjayanya, namun ia sedikit sukar untuk dilaksanakan.

"Memang kalau boleh saya tidak mahu menunjukkan foto-foto aktiviti harian saya.

"Tetapi sebagai seorang artis yang menerima undangan pelbagai majlis, pakaian dan solekan saya ada masanya ditaja dan saya perlu memuat naik foto penampilan saya pada hari tersebut untuk meletakkan kredit kepada mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, bersempena Ramadan ini, dia mengambil langkah untuk berehat daripada kerja-kerja lakonan sehinggalah ke sambutan Aidilfitri.

Dia juga cukup teruja dan lebih menghayati ibadah puasa kerana ini merupakan pertama kali dia tidak terlibat dengan kerja sepanjang Ramadan ini.

sumber
http://ift.tt/1cU3FTP
hiburan/berita-hiburan/2015/
06/22/nabila-huda-maafkan/


from KeZooM http://ift.tt/1H7Ojj5
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.