SHAH ALAM - Ketika isu 1Malaysiaa Development Berhad (1MDB) terus hangat diperkatakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui sukar untuk memahami mengenai syarikat pelaburan strategik negara itu.
Justeru katanya, beliau tertanya-tanya mengenai sumber mana yang boleh dipercayai sekiranya laporan The Edge tidak boleh dipercayai.
"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi beritahu saya apa yang betul, tidak juga diberitahu sampai sekarang," Muhyiddin dipetik sebagai berkata semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, malam tadi.
Tambahnya, beliau juga terpaksa membaca The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai 1MDB.
"Kita tidak boleh menyalahkan orang yang dahagakan pengetahuan (mengenai 1MDB) kerana tiada kenyataan dari pihak kita untuk menjelaskan inilah situasi yang sebenar," tegasnya.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan bermula Isnin hari ini atas tiga sebab. - sh
from Lagi Berita http://ift.tt/1OwzFRx
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself