Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Kesiannya.. nak hantar surat tapi tak tahu nak hantar kemana pulak.. kalau surat tak dapat dihantar, Jho Low tak datang hadir ke pendengaran PAC macam mana nak teruskan siasatan kan?
“Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.
“Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed..
Bersangka baik... mungkin mereka cuba menjejakinya di Low Yat sebab itulah gagal menemui Jho Low itu..
Kah.. kah.. kah.. nak perbodohkan rakyatpun agak-agaklaaaa..
Rasanya semua yang membaca pasal Jho Low ni tahu dia beroperasi dari Hong Kong, takkanlah dekat Hong Kong tu tak ada kedutaan Malaysia?
Lagipun Jho Low tu bukannya menjual assesori handphone Oppo.. dia billionaire, kalau dah billionaire tu mana mungkin pihak berkuasa Hong Kong tak tahu di mana dia tinggal?
Kalau dah minta Kementerian Kewangan tolong cari, kenapa tak ditanya Najib atau Rosmah?.. kan mereka pernah dilaporkan bersama menaiki kapal pesiaran mewah dulu tu oleh Sarawak Report..
Laporan berkaitan..
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Kewangan masih belum berjaya mengesan jutawan Low Taek Jho. Katanya, Kementerian Kewangan mencari jutawan itu bagi mengemukakan surat untuk memaksa Low hadir ke pendengaran PAC berkenaan kes 1MDB pada 8 September. “Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya. “Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?,” kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini. MP Pulai itu berharap, laporan media yang meluas dalam kes ini akan membolehkan Jho Low mengetahui mengenai hasrat PAC dan hadir ke pendengaran tersebut untuk menjelaskan mengenai isu 1MDB. "Beliau pastinya mengetahui mengenai perkara ini melalui laporan media dua hari lalu, beliau sepatutnya datang dengan sukarela untuk memberi penjelasan,” katanya. PAC memutuskan untuk memanggil Low sebagai saksi susulan laporan awal oleh Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, yang dikemukakan kepada PAC pada 9 Julai. Selain Low, kerajaan juga mencari dua lagi bekas pengarah pelaburan 1MDB, Jasmine Looi dan Casey Tang.
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1MS3MlM
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself