Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Apa dah jadi ni?.. yang sepatutnya tidak boleh keluar negara kerana bangkrap boleh ke luar negara tapi yang banyak mempersoalkan hutang RM42 Billion 1MDB dihalang pula..
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terkejut apabila mendapati dia tidak dibenarkan meninggalkan negara ini selepas ditahan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Pua yang menjadi antara tokoh paling terkedepan dalam isu 1MDB berkata, dia ditahan ketika mahu menaiki kapal terbang ke Indonesia.
Ketika ditanya alasan larangan itu, Pua memberitahu Malaysiakini, pegawai imigresen hanya memaklumkan mereka mendapat arahan "daripada pihak atasan".
Semakan Malaysiakini di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia menunjukkan status lawatan Pua sebagai
"Sila rujuk kepada pejabat imigresen terdekat". Sementara itu semakan juga menunjukkan Pua bukanlah satu-satunya ahli politik yang dihalang ke luar negara, sebaliknya nama Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga diletakkan pada status sama.
Rafizi juga salah seorang pemimpin pembangkang yang banyak membuat kenyataan mengenai 1MDB...
Tapi yang bangkrap dan sepatutnya tidak boleh keluar negara kerana Jabatan Insolvensi Malaysia tidak membenarkannya boleh pula ke luar negara..
Ni dari Jabatan Insolvensi Malaysia.. Seorang bankrap sama sekali tidak dibenarkan meninggalkan negara kecuali beliau mendapat kebenaran bertulis daripada KPI ataupun Mahkamah yang membenarkannya.
Mamat yang nama Lester ni boleh pulak dengan mudah keluar negara bukannya sekali tapi dua kali.. Lester Melanyi mendakwa sebahagian besar dokumen mengenai 1MDB yang tersebar kepada umum sudah diubah suai bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. Dia juga mendakwa bertemu bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo "dua atau tiga kali" di London antara 2012 dan 2013. Namun berdasarkan maklumat diperoleh, Lester diisytiharkan bankrap dan mengikut peraturan, seseorang yang berstatus begitu tidak boleh meninggalkan negara. Malaysiakini membangkitkan isu itu ketika berhubung dengan Lester melalui aplikasi WhatsApp. Malaysiakini: Anda mendakwa bertemu Justo di London, anda diberi kebenaran Jabatan Insolvensi untuk meninggalkan negara dengan status anda yang bankrap? Lester Melanyi: Tolong buat semakan. Malaysiakini: Kami memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi. Lester Melanyi: Saya tahu. Soalan pintar untuk memerangkap penipu. Anda semak bila saya di London dan bila saya diisytihar bankrap. Malaysiakini: Bila anda diisytihar bankrap? Lester Melanyi: Tak apalah, kawan... Semakan Malaysiakini mendedahkan Lester diisytihar bankrap pada Jun 2012.
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1LsNW3T
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself