Halloween party ideas 2015

Malaysia Hantar Pasukan Kenal Pasti Serpihan MH370 Di Pulau Reunion | Malaysia pada Rabu berkata satu pasukan telah dihantar ke Pulau Reunion yang terletak di luar pantai timur Afrika untuk mengenal pasti sama ada serpihan yang ditemui di perairan itu mungkin milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada tahun lalu.

Malaysia Hantar Pasukan Kenal Pasti Serpihan MH370 Di Pulau Reunion

Eric Chesneau, seorang pegawai polis bahagian pengangkutan udara Perancis di wilayah Reunion, Lautan Hindi memberitahu Reuters bahawa 'serpihan yang ditemui itu menyerupai sayap kapal terbang' tetapi siasatan lanjut akan dilakukan.

Pesawat MH370 gagal dikesan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal itu berlepas dari Kuala Lumpur menuju Beijing.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada warga China.

"Saya sudah menghantar satu pasukan untuk mengenal pasti serpihan tersebut... kami berharap mereka boleh mengenal pasti serpihan itu secepat mungkin," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat PBB di New York.

MH370 hilang dari radar kira-kira 45 minit selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Australia bertumpu di selatan Lautan Hindi.

sumber
http://ift.tt/1goeTsE


from KeZooM http://ift.tt/1DccviD
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.