Halloween party ideas 2015

Najib Akan Ambil Tindakan Terhadap WSJ | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal (WSJ) berikutan laporan mengatakan terdapat syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyalurkan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi beliau.

Najib Akan Ambil Tindakan Terhadap WSJ

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.

“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Akhbar kewangan antarabangsa, WSJ dalam laporannya mendedahkan apa yang dikatakan sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report.

sumber
http://ift.tt/1GWCkyv


from KeZooM http://ift.tt/1GWCkyx
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.