Halloween party ideas 2015

Landskap politik baru dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) di dalamnya hanya akan menguntungkan BN, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Ini, katanya, kerana tumpuan GHB sekarang adalah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.


"Kumpulan pembangkang akan meraih keuntungan jika perkembangan ini dapat menarik pengundi yang selama ini memihak kepada BN. Tetapi adakah ini akan berlaku?.


"Saya kurang yakin kerana contohnya gerakan pemimpin PAS yang kalah kelihatan memberi tumpuan kepada ahli-ahli PAS sahaja," katanya dalam satu kenyataan semalam.

GHB adalah sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin progresif PAS yang disingkirkan oleh golongan konservatif daripada kepimpinan parti itu dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Gerakan itu adalah pelopor kepada penubuhan sebuah parti politik baru yang berhasrat menjadi lebih inklusif ketika PAS dilihat terseret ke kanan.

"Saya hanya dapat melihat mereka berupaya menarik atau "mencuri" ahli, penyokong dan pengundi PAS sahaja," kata Iskandar dalam satu kenyataan semalam.

"Ahli, penyokong dan pengundi Umno//BN akan terus kekal dengan Umno/BN," kata Iskandar yang juga  naib presiden PAS.

Begitu juga, dengan pecahnya Pakatan, Iskandar berkata, jika DAP bertanding di kerusi PAS, ia hanya akan memecahkan undi pembangkang dan memihak kepada BN.

"Sama ada Harapan Baru atau DAP, mereka mesti diingatkan bahawa strategi berasaskan dendam akan dapat dirasai oleh rakyat.

"Sokongan atau undi kepada pembangkang tidak akan meningkat. Perpindahan undi hanya akan berlaku di antara parti-parti pembangkang.

"Malah terdapat kemungkinan besar terdapat mereka yang akan berpindah kepada BN kerana tidak lagi melihat pembangkang sebagai satu alternatif yang berwibawa akibat dari pertelingkahan yang berlaku," katanya. - Malaysiakini

Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap PAS kerana PAS tidak menunjukkan akhlak Islam yang sebenar. Parti baharu Islam wajar diwujudkan sebagai satu usaha untuk memulihkan imej Islam.


from Lagi Berita http://ift.tt/1fg08Hr
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.