Tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian. Demikian amanat pertama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri.
Zahid yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.
"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.
"Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Saya harap kepada ketua polis negeri seluruh negara. Ini arahan menteri dalam negeri. Hapuskan. Mulai semalam saya minta hapuskan 100%," katanya ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Perumahan Polis Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur malam ini.
Zahid berkata tidak ada satu bangsa atau agama yang bersetuju jika aktiviti perjudian dibiarkan berleluasa.
Katanya, aktiviti perjudian bukan saja merosakkan remaja tetapi ada di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak mampu membiayai keluarga turut terlibat dalam kancah perjudian.
"Tidak ada individu yang rasional juga bersetuju dengan judi.
"Keluarga menjadi retak porak-peranda dengan wang yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan isi rumah tetapi digunakan kepada aktiviti perjudian. Yang untung tauke judi," katanya.
Sementara itu, Zahid turut mengingatkan orang ramai agar tidak melindungi penjenayah hanya berdasarkan keturunan.
Katanya, masyarakat di Malaysia harus menyuburkan budaya hormat menghormati antara kaum bagi memupuk perpaduan dalam negara.
"Jangan melindungi penjenayah atas nama rasa kekitaan yang kuat, berdasarkan kepada keturunan.
"Kita tahu perasaan bagaimana mahu membela sesuatu keturunan tetapi kerana 'sunnatullah' menentukan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, kita perlu menghormati kaum, budaya dan agama lain," katanya. – TMI
from Lagi Berita http://ift.tt/1MUXpOG
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself