Halloween party ideas 2015

Saya Rela Di Gugur Demi Rakyat : Muhyiddin Yassin | "Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya Rela Di Gugur Demi Rakyat : Muhyiddin Yassin

Meluahkan rasa terbuka terhadap keputusan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, jelas Muhyiddin menerusi laman Facebooknya, beliau menerima keputusan tersebut serta menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada peluang untuk menggalas tugasan yang diberikan sejak 2009 lalu.

“Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

Jelas Muhyiddin, walaupun bukan lagi tersenarai sebagai salah seorang anggota Kabinet, beliau akan terus melaksanakan tugas sebagai Timbalan Presiden Umno.

“… Saya akan terus memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.

“… Kepada ALLAH saya berserah,” katanya lagi.

sumber
http://ift.tt/1Sez2Cr


from KeZooM http://ift.tt/1SeA2Gv
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.