Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Dua Menteri Kabinet dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet yang diramal dilakukan selepas sambutan Aidilfitri.

Akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat pada Ahad meramalkan, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.

Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.

Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.

Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

“Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut,” tulis Awang Selamat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad pula dikatakan akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri kanan.

“Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

“Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu,” kata Awang Selamat lapor Free Malaysia Today




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1LZKOM2

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.