Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia akan mengeluarkan laporan awal pembiayaan Bersih 4 pada hujung bulan ini, dan mempersoalkan Datuk Seri Najib Razak kerana menyentuh mengenai derma RM2.5 juta tetapi mengelak isu "sumbangan" RM2.6 bilion.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu akan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan perhimpunan yang diadakan 29 dan 30 Ogos itu, manakala audit dijangka siap pada pertengahan Oktober.

"Kami pasti akan membentangkannya kepada orang ramai. Kami akan melaporkan kepada rakyat setiap sen yang diterima dan dibelanjakan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib semalam menuduh Bersih 2.0 mengamalkan “double standard” berhubung isu pembiayaan kerana ia tidak mendedahkan identiti penderma mereka yang menyumbang lebih RM2 juta untuk perhimpunan 34 jam hujung bulan lalu itu.

"Apabila Bersih mengumpulkan wang dan dana, terdapat permintaan untuk mendedahkan semua sumber tetapi mereka enggan.

"Apabila ia melibatkan kami, bagaimanapun, mereka mempersoalkan bermacam-macam perkara. Kita tidak boleh ada ‘double standard’," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

Presiden Umno itu sedang berhadapan dengan skandal “derma” RM2.6 bilion yang katanya dari Timur Tengah tetapi tidak dinamakan pendermanya.

Maria berkata hari ini, wang yang diterima Bersih 2.0 dan Najib jauh berbeza dan hujah sebegitu tidak sepatutnya digunakan untuk mewajarkan sejumlah besar wang yang diterima dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

"Beliau tidak menjawab RM2.6 bilion dalam akaunnya, beliau tidak boleh menilainya dengan sumbangan diterima Bersih, di mana kami hanya perlu mengambil kira jualan kemeja-T dan derma. Ia seperti langit dan bumi," katanya.

Beliau berkata Najib perlu menjawab isu RM2.6 bilion itu berikutan dakwaan dana itu digunakan bagi mempengaruhi pilihan raya umum 2013.

from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1EXCmf1

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.