Halloween party ideas 2015

Lelaki Tampar Imam 2 Masjid Negara Tak Siuman? |  lelaki warga India yang menampar pipi Imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat mendakwa, dia mendengar suara halus yang menyuruhnya supaya menggantikan tempat imam itu.

Lelaki Tampar Imam 2 Masjid Negara Tak Siuman

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit didapati tidak waras dan sering bercakap seorang diri.

“Menurut suspek, semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat,” katanya menerusi kenyatan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai kaitan dengan militan Islam (IS) tetapi dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian itu, suspek telah bertindak keluar daripada saf solat dan meluru ke arah Mohd Zuhairee yang ketika itu sedang membaca surah.

Artikel: Video & Gambar Imam 2 Masjid Negara Di Tampar Ketika Solat Jumaat

Suspek kemudiannya menolak dan bertindak menampar pipi sebelah kanan Mohd Zuhairee selaincuba mengambil alih untuk menjadi imam solat Jumaat.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan ugutan.

Mohd Zuhairee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Dalam laporannya, dia mendakwa tamparan lelaki itu telah menyebabkan kepalanya sakit.


Laporan Polis Yang Tersebar Menerusi Whatapps

Maklum kejadian (1)(L) w/negara India Menampar Imam Masjid Negara semasa Solat Jumaat di Masjid Negara KL
Thsl Rpt : 31194/15
Tarikh / Masa : 18/09/15 @ 1514hrs
Peg Penyiasat : Insp Izwan B Paijan
Klafikasi Kes : 323/506kk
Butir2 Pengadu :
Nama : Mohd Zuhairee B Mohd Yatim
Kp No : 760218-04-5001
Umur : 39 Tahun
Alamat : 2-1 Komplek Kediaman Imam Masjid Negara Jalan Lembah 50480 KL

Fakta Kes :
Pada 18/09/15 jam lebih kurang 1330hrs semasa pengadu sedang menjalankan tugas sebagai Imam Masjid Negara dan sedang mengetuai pembacaan Solat Jumaat di Masjid Negara KL. Apabila sampai di rakaat pertama tiba-tiba telah datang (1)(L) w/negara India telah menolak badan pengadu. Kemudian pengadu cuba balik untuk berdiri di tempat asal dan pengadu dapati (L) tersebut terus menampar muka pengadu dibahagian pipi sebelah kanan dengan kuat sehingga menyebabkan kepala pengadu sakit. Hal ini telah menyebabkan solat jumaat yang berlangsung terganggu seketika dan kemudiannya diteruskan semula. Kemudian (L) tersebut telah ditarik keluar dari masjid oleh pihak maintanance yang bertugas di dalam masjid. Kemudian (L) tersebut telah diserahkan kepada pihak polis yang bertugas disitu.

Tangkapan Polis :
Tangkapan telah dibuat oleh anggota Polis Trafik yang bertugas di Point Duty Masjid Negara.
Butir2 Tangkapan :
Nama :
Pp No : Tiada
Tarikh Lahir : 23/02/1984
Umur : 31 Tahun
W/negara : India (Kashmir)

Tangkapan kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan lanjut.

Hasil Siasatan :
Siasatan awal dapati saspek telah pergi ke Masjid Negara untuk Solat Jumaat dan berada di saf kedua semasa solat jumaat berlansung. Kemudian saspek telah pergi ke saf hadapan dengan menolak salah seorang jemaah yang sedang solat.

Selepas itu, saspek terus pergi kearah pengadu (Imam) dan telah menolak penfadu dari tempatnya dan cuba mengambil pembesar suara yang dipakai oleh pengadu.

Saspek kemudiannya telah menampar muka pengadu sebanyak 1 kali dan terus mengambil alih tempat imam untuk mengimamkan solat tersebut. Seterusnya saspek terus dibawa keluar oleh maintanance Masjid Negara yang bertugas disitu.

Siasatan juga dapati saspek nampak seperti tidak betul dan bercakap seorang diri. Menurut saspek semasa solat tersebut dia telah terdengar suara halus memintanya untuk menjadi Imam semasa Solat Jumaat tersebut berlansung.

Tindakan Polis :
Laporan Polis telah dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Insp Izwan B Paijan dan tangkapan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

sumber
http://ift.tt/1KqcYL6


from KeZooM http://ift.tt/1imL10r
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.