Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Malaysia tidak akan maju ke hadapan sekiranya demonstrasi terus diadakan dan menyebabkan ketidakstabilan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian ketika berucap di persidangan perwakilan tahunan kali ke-7 Parti Makkal Sakti Malaysia merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 yang diadakan hujung bulan lalu.
"Saya yakin anda semua yakin pada kerajaan, kita tak boleh nak buat huru-hara dan ketidakstabilan dalam negara kita.
"Kalau negara kita mengalami ketidakstabilan politik...sudahlah ekonomi dunia menghadapi kemelut, ditambah lagi dengan ketidakstabilan politik.
"Maka negara kita tidak maju ke hadapan, kita akan mundur ke belakang," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Najib berkata, rakyat Malaysia yang cintakan negara akan sentiasa mengambil jalan tengah ketika negara berdepan dengan krisis dan bukannya melakukan perkara yang terlalu ekstrem.
"Kita akan jadi orang yang rasional dan waras dalam apa yang kita lakukan. Melakukan demostrasi jalanan, mengaibkan pemimpin bukanlah jalan yang boleh dijadikan contoh untuk negara kita.
"Saya ucap terima kasih kepada Presiden Makkal Sakti (Datuk R. S. Thanenthiran) dengan tegas mengatakan Makkal Sakti tak sokong Bersih 4 dan sebagainya. Dan saya tengok muka-muka dalam dewan ini tak ada dalam gambar Bersih 4," kata Najib merujuk kepada ucapan presiden parti tersebut pada persidangan itu.
Najib dalam ucapannya itu juga yakin rakyat Malaysia mempunyai ketahanan dalam menghadapi krisis-krisis yang sedang melanda negara.
"Kita cuba mengemudi perjalanan ekonomi negara kita supaya kita dapat lalui ujian ini dengan jayanya tetapi yang penting sokongan dan kepercayaan kepada kerajaan.
"Apa yang kita lalui hari ini tidak seberat daripada masa-masa yang lalu, tetapi kita percaya setiap kali kita berdepan dengan krisis, walaupun krisis itu begitu serius. Kerana kita ada ketahanan di kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, ketahanan yang terdapat pada rakyat Malaysia itu merupakan rakyat yang cintakan negara walaupun hidup dalam kepelbagaian kaum, agama, dan perbezaan pendapat.
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1K693E5
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself