Halloween party ideas 2015

Video & Gambar Imam 2 Masjid Negara Di Tampar Ketika Solat Jumaat | Seorang lelaki dipercayai warganegara asing (India Kashmir) ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, ketika dia sedang mengimamkan solat Jumaat hari ini pada rakaat pertama.

Video & Gambar Imam 2 Masjid Negara Di Tampar Ketika Solat Jumaat

Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof Ahmad, lelaki itu dipercayai bergerak mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang bersolat sebelum menampar Zuhairee yang memimpin solat, memaksa solat dihentikan.

"Saya ingat Imam tersangkut pada bacaannya. Secara tiba-tiba entah dari mana lelaki Arab itu muncul dan terus menampar Imam", jelasnya.

Menerusi rakaman CCTV, lelaki tersebut dilihat cuba menjadi Imam menggantikan Imam Ke 2 Masjid Negara.

Video & Gambar Imam 2 Masjid Negara Di Tampar Ketika Solat Jumaat

Ketika cuba ditahan, lelaki itu cuba melarikan diri keluar dari dewan solat utama sambil melaung-laungkan perkataan berbahasa Arab, dia bagaimanapun tersadung pada tripod kamera sebelum ditangkap oleh jemaah yang berhampiran.

Seterusnya lelaki tersebut dibawa oleh beberapa jemaah dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara menunggu pihak polis tiba.



Rakaman cctv lelaki India,Kashmir yg menampar Imam2 dan cuba menjadi imam di Masjid Negara...
Posted by Kezoom on Friday, 18 September 2015


Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dan beliau kembali untuk mendirikan semula solat Jumaat yang tergendala.

Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta anggota polis trafik.

Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa lelaki itu ke balai berhampiran.

Wartawan Astro AWANI, Hans Yusoff dan Israr Khalid bersama jurukamera Md Ruzi Mohamad Saman yang berada di Masjid Negara menunaikan solat Jumaat, merakam detik-detik lelaki Arab terbabit dibawa masuk ke kereta polis sambil diasak jemaah yang berang dengan kejadian itu.



sumber
http://ift.tt/1W7MM04


from KeZooM http://ift.tt/1W7MOFo
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.